Kepimpinan membawa erti bebanan dan amanah bukan kemegahan dan kemuliaan. Kepimpinan dalam bidang 'amal Islami merupakan tanggungjawab dan seberat-berat amanah kerana ianya merupakan tanggungjawab yang paling penting dan besar, di mana manusia dicipta kerananya iaitu agama yang diredhai oleh Allah untk hambaNya yang akan disusuli ke atas natijah yang penting dan besar samada di dunia atau di akhirat. Bukankah Allah akan menyoal setiap penjaga tentang jagaannya dan akan dihitung setiap amalan walaupun sebesar zarah. Beban kepimpinan bertambah setiap kali meluasnya medannya kerja serta bertambah bilangan orang yang dilindungi oleh pemimpin berkenaan.

Menjadi tanggungjawab untuk menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh yang tertinggi baginya dengan mengikuti akhlaknya, sifat-sifatnya, cara pergaulan, tindak tanduk dan urusan kepimpinan dan gerakan dakwah yang dipimpinnya. Antara sifat dan akhlak yang mesti ada secara sempurna di sisi pemimpin ialah :

1) Pemimpin mestilah dari orang yang mengharapkan akhirat, ikhlas kepada Allah, mempunyai hati yang sejahtera dan sunyi daripada penyakit hati yang meruntuhkan amalan.

2) Mempunyai akal yang waras, kebijaksanaan, pengalaman dan luas pemerhatian, berupaya menganalisa pelbagai persoalan serta dapat memehami dan bertindak dengan baik terhadapnya.

3) Mesti bersfat lemah lembut, kasihan belas dan mudah berurusan.

4) Berani, dan bermaruah dan tidak penakut atau membuta tuli. Dasar keberanian ialah ketepatan hati dan kepercayaan kepada Allah serta kosong hati dari sifat wahan iaitu kasihkan dunia dan takut mati. Sebaik-baik keberanian ialah berterus terang dalam kebenaran dan menentang kebatilan.

5) Bersifat benar dalam setiap perlakuan dan tindakan.

6) Tawadhu' dan tidak meninggi diri ke atas orang lain.

7) Kemaafan dan dapat menahan kemarahan. Pemimpin perlu dihiasi dengan sifat pemaaf, menahan kemarahan dan membuat baik pada orang lain.

8) Menunaikan janji dan perjanjian.

9) Sabar

10) Suci diri dan mulia

11) Wara' dan zuhud.

12) Adil dan saksama walaupun kepada diri sendiri.

'Menerobos perubahan landskap politik semalaysia...'

0 comments:

Post a Comment