Salam ukhuwah penuh kesyukuran..

Kumulakan dengan kalimah suci Bismillah agar segala tutur kata mendapat keberkatan dan mengundang kebaikan kepada diri saya dan pengunjung sekalian..Ini merupakan coretan pertama yang ditulis oleh saya dalam teratak mataairsyurga yang masih kekurangan perabot-perabot ilmu dan perhiasan dalaman..Hasrat mewujudkan sebuah teratak mataairsyurga telah lama terpendam dan pada saat ini alhamdulillah hati ini telah digerakkan oleh Ya Bari' untuk memulakan kerja-kerja pembinaan..Pembinaan yang bermula daripada pembinaan asas sehinggalah pembinaan yang lebih konkrit dan stabil..

Mudah-mudahan fasa-fasa pembinaan ini berjalan dengan lancar di bawah pengagendaan Ya Bari' Yang Maha Mengatur dan Ya Alim Yang Maha Berilmu..Segala perancangan adalah lahir daripada ilham yang dimasukkan ke dalam hati saya untuk melaksanakan seperti yang telah diagendakan..Saya berprinsip bahawa hidup ini tiada gunanya sekiranya penggantungan hidup tidak sepenuhnya kepada Rabbul Jalil..Segala kekuatan, kesenangan, kejayaan, kesukaran, kesempitan adalah datang daripadaNya yang Maha Mengatur..Semua itu bukanlah hak milik kekal manusia sebaliknya hanyalah pinjaman sementara di dunia..

Saya mengharapkan teratak mataairsyurga ini menjadi satu pemberian berguna kepada setiap yang mengunjunginya..Walaupun sedikit diharapkan ia bermakna buat semua..
Segala kelebihan datangNya daripada Ya Aziz, Yang Maha Mulia dan kelemahan itu datangNya daripada saya sebagai hamba yang banyak kekurangan..

Akhir bicara, saya coretkan kata hikmah sebagai peringatan bersama :
Jika hari ini kita muslim, jangan biarkan hari esok berlalu tanpa menjadi mukmin,


Jika hari ini kita mukmin jangan biarkan hari esok berllau tanpa menjadi muttaqin,

Jika hari ini kita muttaqin, jangan biarkan hari esok berlalu tanpa menjadi mukhlisin,

Jika hari ini kita menjadi mukhlisin jangan biarkan hari esok berlalu tanpa menjadi syahid..



Sesungguhnya solatku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah SWT...



0 comments:

Post a Comment