Alhamdulillah, minggu lepas saya berpeluang terlibat dengan KAGUM syarahan Bahasa Arab di Ipoh Perak..Pertandingan ini diadakan di Institut Tadbiran Islam Perak( INTIM)..Ini merupakan pengalaman pertama saya dalam pertandingan syarahan.. Sebelum ni, hanya terlibat dalam debat Bahasa Arab semasa belajar di Sekolah Menengah Agama Al Ihsan dan Sekolah Tinggi Agama Sultan Abu Bakar, Pahang..Pengalaman lalu membuatkan saya terpanggil sekali lagi untuk menyertai pertandingan ini dan menyahut 'pelawaan' pensyarah penasihat( Ust Abdul Salam) untuk mewakili Institut dalam pertandingan syarahan sempena Maulidur Rasul..Sayang kepada Bahasa Al Quran masih kuat dalam diri ini dan minat dalam acara ilmiah masih menebal..Jadi, inilah masanya untuk saya meluahkan rasa sayang dan minat saya terhadap bahasa penghuni syurga ( yakni Bahasa Arab)..Saya cukup berminat terhadap bahasa arab dan bermatlamat untuk mempelajari bahasa ini serta menyambung pelajaran dalam pengajian bahasa arab..dan Alhamdulillah, telah diperkenankan oleh Allah, saya diberi kesempatan mempelajarinya semasa saya menuntut di matrikulasi UIA, Petaling Jaya selama sebulan sebelum memasuki Institut Perguruan..

Minat ini juga timbul bertitik tolak kepada ilmu yang saya pelajari sepanjang di sekolah menengah agama dan sekolah tinggi agama..Saya telah dibiasakan dengan penggunaan bahasa Arab di sekolah sehingga membuatkan saya tertarik untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam..Walaubagaimanapun, saya ditakdirkan melanjutkan pengajian dalam pengkhususan Kajian Sosial di Institut Perguruan selepas sebulan di matrikulasi..Sememangnya agak terkilan kerana tidak berpeluang meneruskan pengajian dalam bidang yang saya minati..Tapi saya perlu sentiasa beringat dengan firman Allah mafhumnya :

" Tidak semua yang engkau sukai baik bagi kamu..."

Boleh jadi apa yang tidak disukai itu, terbaik buat diri saya..Hanya Allah mengetahui segala hikmah yang tersirat disebaliknya..Jadi, redhailah ia dengan setinggi-tinggi redha dan terima dengan penuh rasa kesyukuran..Disebabkan minat yang mendalam, saya memberanikan diri untuk melibatkan diri dalam pertandingan ilmiah di sekolah mahupun Institut Perguruan..Kalah menang, perkara kedua..Yang penting berani mencuba dan ikhlas dalam menyampaikan ilmu melalui penyampaian di pentas..Saya melihat kepada nilai diri kita sebagai khalifah di muka bumi..Sebenarnya, Allah telah menganugerahkan kita dengan pelbagai kelebihan dan potensi untuk kita menterjemahkannya kepada perlakuan, pertuturan supaya menjadi aset dakwah kepada sekalian manusia..Ini merupakan salah satu caranya untuk kita memenuhi amanah menerusi seruan Nabi Muhammad SAW sabdanya :

" Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat"..

Pertingkatkan keyakinan, Berani melakukan perubahan dan percubaan, Bina potensi dalaman dan luaran supaya kental dalam menghadapi segala cabaran..Memasuki pertandingan bukanlah untuk dibangga-banggakan tetapi sekadar menghargai potensi yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada sekalian makhluknya bagi menyampaikan risalah Islam..Moga segalanya diberkati dan berada dalam rahmat Allah SWT..Amin..

1 comments:

Serikandi Mujahidah... said...

Nk blaja bahasa Arab..bahasa Al-Quran..tp xtau mcm mn..teringin nk mendalaminya...

*Impian sejak dari kecil..nk pndai ckp Arab..

Post a Comment