Salam perjuangan..


Sekian lama saya tidak mencoret dalam blog ini..Setiap kali membuka blog, saya tertarik untuk membaca penulisan blogger2 yang lain..macam-macam input saya boleh dapati sehinggakan saya sendiri 'asyik' dengan pembacaan di blog sahabat2, pimpinan mahupun persatuan yang sangat berinformasi dan bermanfaat..Tambahan pulak saya sendiri tidak berkesempatan melayari internet setiap hari..Disebabkan faktor ini lah saya ketepikan dahulu blog mataairsyurgaku..bukan tiada kemahuan untuk menulis tetapi saya sangat teruja dengan laman-laman blog yang lebih membuka minda dan berilmiah sehinggakan saya sanggup menghabiskan berjam-jam ( sekiranya ada masa terluang) membaca menambah input ilmu pengetahuan..
########################################################################
Saya melihat penulisan blog ini sangat membantu penulis mahupun pembaca menajamkan fikiran dan lebih terbuka dalam menilai sesuatu isu..Macam-macam jenis pengisian yang boleh saya dapati di blog iaitu daripada sekecil2 perkara sehinggalah kepada sekompleks2 perkara..informasi daripada media arus perdana kerajaan Malaysia( surat khabar, televisyen) yang kurang jelas, bias mahupun yang diragui faktanya sangat melemaskan saya jika berterusan berdamping setia dengan mereka..sebagai alternatifnya, ruangan blog boleh memberi penjelasan yang sebenar dan terkini..
########################################################################
Budaya memblog telah meluas dalam masyarakat sekarang ini dengan pelbagai tujuan..samada sekadar hobi @ wadah penjelasan @ suatu pemberian @ penyebaran ideologi @ laman perkenalan @ apa sahaja yang bertujuan..Saya mengajak kepada pengunjung dan pembaca supaya mewujudkan blog yang boleh memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain sebagai satu pemberian yang tidak ternilai..Ia boleh merangsang pemikiran yang kritis dalam menghasilkan suatu penulisan samada yang berunsur penilaian, penjelasan, kritikan atau analisis..Daripada menghabiskan masa melayari youtube, memuat turun video, bermain friendster, tagged, facebook yang tidak bertujuan, lebih baik menyumbang sesuatu kepada umat..


" ...berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan berpesan-pesanlah kepada kesabaran" ( 108:3)

3 comments:

along Nazirah said...

Salam,.. bagus la banyak membaca.. Kata Pak Samad, kalau mahu menulis, ada lima perkara.. pertama, membaca, kedua, membaca, ketiga, membaca, keempat, membaca dan kelima menulis.. =) (dipetik dari temuramah MHI dengan Faisal Tehrani.)

Nur Salsabila Isa said...

Budaya membaca amalan kita...usah jadi seperti katak bawah tempurung..selagi banyak membaca, lagi banyak benda yang tak tau..Serius..ilmu x pernah habis..terokai sehabis boleh..

AdH said...

Betul,betul,betul. Dan gunakanlah bahasa Melayu yang standard apabila menulis di dalam blog :) PPSMI pun sudah dimansuhkan (3 tahun lagi sebenarnya) jadi mengapa tidak kita sama-sama memartabatkan kembali bahasa Melayu? ;)

Wallahualam

Post a Comment