Hari yang bersejarah buat para siswazah adalah apabila tibanya Majlis Konvokesyen..Setelah bersusah payah selama beberapa tahun untuk menimba ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman..Tahniah saya ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah berjaya menamatkan pengajian sarjana muda keguruan dengan cemerlang..Diharapkan semangat untuk terus belajar dan menimba ilmu tidak akan luntur..Kerana semakin banyak ilmu yang dipelajari, semakin banyak juga ilmu yang tidak kita ketahui..Hakikatnya, ilmu Allah ini tidak akan pernah habis..Walaubagaimanapun, persoalan di sini..sejauh manakah ilmu yang dipelajari itu difahami dan amalkan..( Fikir-fikir sejenak)..



Pepatah ada menyatakan bahawa :

Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah..


Pohon yang berbuah akan memberi manfaat kepada orang lain melalui kemanisan, keenakan buahnya tetapi sekiranya pohon tanpa buah, orang lain tidak dapat memanfaatkan dan merasai kelazatan buah-buah pohon tersebut..Dengan lahirnya kita di dunia ini, sentiasalah pastikan diri kita boleh memberi manfaat kepada orang lain..Seperti yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW melalui seruan dakwahnya kepada masyarakat arab jahiliyah sehinggalah mereka menerima kebenaran sedikit demi sedikit..


Penerimaan ijazah semasa Majlis Konvokseyen merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan kepada para siswazah atas penat lelah dan kesungguhan mereka menimba ilmu sehingga berjaya menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing. Ahli keluarga, rakan-rakan dan sanak saudara turut sama meraikan Majlis Konvokesyen..Bila difikir-fikirkan,.meriahnya sambutan Hari Konvokesyen ..Walhal, apa yang dinilai di sisi Allah SWT ialah keberkatan semasa belajar..Jika berjaya dengan cemerlang tetapi tidak meraih keberkatan dan redha Allah SWT, tiada nilai di sisinya..Alhamdulillah sekiranya kecemerlangan yang diperoleh mendapat keberkatan dari Allah SWT..


Barakah akan diperoleh sekiranya ketaatan kepada Allah swt menjadi tunjang utama kejayaan..wallahu'alam..




Dalam hidup ini terlalu banyak yang perlu ditempuh..itu namanya sunnatullah..Allah dah agendakan hidup manusia ini dengan pelbagai dugaan, cabaran dan ujian..Kesenangan itu satu ujian..Kesusahan itu satu ujian..Kejayaan itu pun satu ujian dan kegagalan juga satu ujian..Semua yang berlaku pada manusia itu satu ujian..Analoginya, bila kita menghadapi peperiksaan, kita akan bersungguh-sungguh menelaah pelajaran dan akhirnya memperoleh kejayaan..Kejayaan yang yang diperoleh itu satu ujian buat kita kerana di situ penilaian Allah SWT..Bersyukur atau tidak atas segala nikmatNya atau kejayaan itu bersandarkan diri mereka sendiri..


**************************************************************************************

Hakikatnya, yang memberi kejayaan mahupun kegagalan adalah Allah SWT..Setiap usaha ke arah kejayaan itu hanyalah sebab musabab kepada kejayaan..Terkadang kita lupa akan hakikat ini sehingga menganggap kitalah yang pemberi kejayaan..kitalah punca kejayaan..


***************************************************************************************

Allah Ya Bari' yang telah mengatur, menjadualkan, mengagendakan hidup manusia..Oleh sebab itu, sentiasa memohon supaya apa yang dilakukan, dipertuturkan oleh anggota dan lidah kita adalah seperti yang telah diagendakan olehNya melalui petunjuk Ya Hadi..( Yang Maha Memberi Petunjuk). Kerana segala sandaran hanya kepada Dia..Sama-sama kita didik hati kita supaya yakin, redha dengan ketentuan Tuhan..


***************************************************************************************

Firman Allah SWT :

" Dan barangsiapa buta (hatinya) di dunia ini, maka di akhirat dia akan buta dan tersesat jauh dari jalan yang benar" ( Al-Isra-72)
Lagu ini ku tujukan kepada guru-guru yang telah mengajar ku selama ini sehingga aku bisa menjadi 'insan' seperti sekarang. Segala jasamu tidak dapat ku balas..hanya doa yang mampu ku hulurkan..moga kalian sejahtera dan bahagia di dunia mahupun di akhirat..

Buat guru ku di PASTI, Bukit Sekilau, Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau, Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan, Kulliyah Al Lughah Waddin, Sultan Abu Bakar, Matrikulasi UIA, dan IPGM,KPM, ku ucapkan jutaan terima kasih atas segala pengorbanan kalian mengajar dan mendidik daku menjadi insan berguna..

Masih jelas diminda
bisikan suaramu..memanggil
Di situ langkahku bermula
mengejari cita..kau disisi

Lantas ku utuskan
lagu untuk menyatakan
terima kasih guru
kerna hulur tanganmu
ku menghargai setulus jiwaku
bicaramu guru
kan ku ingat selalu
menjadi azimat
hingga ke akhirnya

Guru..ibarat pelita
sentiasa menyinar
kamar hidupku..
Guru..kau pewaris ilmu
mendidik diriku
hinggaku berjaya

Andai diberi peluang
inginku terbang tinggi
di awangan kanku petik
bintang-bintang
ku jadikan hadiah untukmu
moga tuhan merahmatimu
Terima Kasih..

Guru,telah tiba masanya untuk aku menyambung perjuanganmu..mendidik anak bangsa dengan penuh ikhlas..mengenal Pencipta, membentuk peribadi islam, mencorak minda, menjana pengetahuan anak bangsa yang semakin kering dengan 'nilai dan etika'..



Kepimpinan secara amnya adalah bermakna pengaruh, satu seni atau proses mempengaruhi orang supaya mereka dapat berusaha secara sukarela kea rah pencapaian matlamat bersama( Knntz & Donnel)

Kepimpinan adalah satu proses pengaruh mempengaruhi antara pemimpin dengan pengikut. Walaupun pemimpin mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung kepada pujukan dan paksaan. Proses ini selalunya melibatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan tujuan utama adalah untuk mencapai matlamat bersama. Jadi kepimpinan bukan hanya tanggungjawab pemimpin, tetapi memerluka segala kerjasama daripada pengikut-pengikutnya. (Hollander)

Peranan yang dimainkan oleh guru dalam bidang pendidikan adalah sangat penting. Selain daripada menyampaikan ilmu,segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada mrid-muridnya. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, professional dan sosial yang baik dan murni. hanya guru yang mempunyai tatasusila yang tinggi akan berjaya menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sifat dan kualiti peribadi ini tidak akan dapat dibentuk sekiranya tiada mekanisme yang mendorong pembentukan sifat yang baik dalam kalangan guru.


Sabda Nabi SAW :

“ Tidak beriman seseorang yang tidak memelihara amanah dan tidak sempurna iman seseorang apabila tidak menepati janji. “


Oleh yang demikian, berilah contoh teladan yang baik kerana segala-galanya bermula daripada seorang guru. Sebelum melangkah ke alam perkhidmatan awam, persiapkan lah diri untuk menjadi guru yang berintegriti, akauntabiliti dan amanah. Kerana, seperti dalam satu pepatah ada menyebut :


Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari..


Sikap guru akan menentukan nilai, kepercayaan dan tingkah laku anak muridnya..Untuk mendapat anak murid yang baik, maka baik kanlah diri sendiri terlebih dahulu..Tidak wajar menyalahkan anak murid sekiranya mereka nakal dsb, sebaliknya tanyalah diri sendiri apa kesilapan dan kekurangan diri dan reflek semula sikap kita semasa di bangku sekolah..Boleh jadi, ia menjadi kifarah pada kita atas perbuatan lalu..