Kepimpinan secara amnya adalah bermakna pengaruh, satu seni atau proses mempengaruhi orang supaya mereka dapat berusaha secara sukarela kea rah pencapaian matlamat bersama( Knntz & Donnel)
Kepimpinan adalah satu proses pengaruh mempengaruhi antara pemimpin dengan pengikut. Walaupun pemimpin mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung kepada pujukan dan paksaan. Proses ini selalunya melibatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan tujuan utama adalah untuk mencapai matlamat bersama. Jadi kepimpinan bukan hanya tanggungjawab pemimpin, tetapi memerluka segala kerjasama daripada pengikut-pengikutnya. (Hollander)
Peranan yang dimainkan oleh guru dalam bidang pendidikan adalah sangat penting. Selain daripada menyampaikan ilmu,segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada mrid-muridnya. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, professional dan sosial yang baik dan murni. hanya guru yang mempunyai tatasusila yang tinggi akan berjaya menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sifat dan kualiti peribadi ini tidak akan dapat dibentuk sekiranya tiada mekanisme yang mendorong pembentukan sifat yang baik dalam kalangan guru.
“ Tidak beriman seseorang yang tidak memelihara amanah dan tidak sempurna iman seseorang apabila tidak menepati janji. “
Kalau solat menjadi tanda aras dan kayu ukur penganut ajaran Tauhid, nescaya hal ini sukar kita bincangkan. Ini kerana, sukar kita melihat penganut agama, selain Islam melakukan solat.
Walaupun sesekali kita pernah terdengar dan membaca bahawa di sana, ada beberapa penganut agama Yahudi misalnya pernah bersolat seperti penganut Islam juga. Tetapi, dalam realiti sekarang, sulit untuk kita perhatikan gerak laku solat penganut agama lain yang mirip kepada Islam.
Al-Qur'an yang merincikan solat penganut agama lain dengan penganut Islam terletak pada surah Ali Imran ayat 43.
"Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan solat) bersama-sama orang-orang yang rukuk."
Ada riwayat yang menyatakan bahawa solat yang mempunyai rukun rukuk di dalam solat ialah solat penganut Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ini kerana solat penganut Nasrani tidak mempunyai rukuk. Wallahu'alam..
Menurut sesetengah pendakwah dan penceramah yang dahulunya Kristian Nasrani, pernah menyatakan bahawa Nabi Isa a.s menunaikan solat; suatu upacara keagamaan, ajaran Tauhid yang berasal daripada Ibrahim a.s.
Bagaimanapun, ciri-cirinya yang asli telah luput ditelan gelombang putaran ganas dan keasliannya rupa parasnya telah pudar dilapah arus masa.
Puasa, lambang amalan agama samawi
Oleh kerana, dialog mengenai agama di negara kita belum mencapai tahap yang baik, maka ada beberapa hal perbincangan yang tidak dapat kita lanjutkan di sini.
Bagaimanapun, tetap sahaja ada amalan agama Islam yang masih sama dan mirip kepada ibadat penganut Islam, iaitu puasa.
Manakala, amalan-amalan lain seperti solat, zakat dan menunaikan fardhu haji tidak mirip kepada amalan penganut lain.
Seperti yang difirmankan Tuhan di dalam al-Qur'an, "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al-Baqarah: 183)
Pertamanya, dari nas ini umat Islam dapat mengenali agama-agama lain sebagai agama samawi dengan merujuk amalan berpuasa itu. Antara agama-agama yang memiliki ciri persamaan dari sudut amalan ini, iaitu berpuasa ialah Buddha, Hindu, Kristian dan juga Yahudi. Bagaimanapun, cara bagaimana amalan berpuasa dilaksanakan, ada sedikit perbezaan.
Jenis dan martabat berpuasa itu juga berbeza-beza mengikut agama, adat budaya bangsa dan martabat kerohanian seseorang itu.
Lantaran itulah, Tuhan menyatakan di hujung ayat itu, dengan harapan, amalan berpuasa yang kita lakukan itu dapat meningkatkan martabat kerohanian kita ke darjat ketaqwaan, iaitu darjat yang teragung dan paling tinggi.
Disebutkan dalam al-Qur'an, bahawa Tuhan menyeru orang yang beriman agar mencapai darjat ketaqwaan. Ini kerana, orang yang beriman, belum tentu dapat mencapai darjat ketaqwaan. Tapi, orang yang bertaqwa, sudah pastilah mereka beriman.
"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benarnya, dan janganlah kamu mati melainkan berada dalam Islam. (Ali Imran: 102)
Juga kepada orang yang beriman itu, Allah s.w.t meminta mereka bertaqwa dengan cara menyatakan perkara yang benar walaupun pahit didengar. Ini kerana, orang yang beriman pun belum tentu dapat menyatakan perkara yang benar.
"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, maka Allah memperbaiki bagi amalan-amalanmu, dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.." (Al-Ahzab: 70 - 71)
Maka, hendaklah orang-orang yang beriman itu berjuang mendapatkan tempat di martabat ketaqwaan. Ini kerana, hanya yang mampu menyatakan kebenaran itulah yang layak digelar mencapai darjat ketaqwaan.
"Wahai orang-orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan setiap orang hendaklah perhatikan apa yang telah diperbuatkan untuk hari esok (akhirat).." (Al-Hasyr: 18)
Orang-orang yang beriman turut diseru mencapai darjat ketaqwaan dengan menyediakan amalan sebagai bekalan untuk hari akhirat mereka. Ini kerana, ramai orang beriman, tetapi seperti tidak mengendahkan amalan mereka untuk akhirat.
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dan yang salah, dan menghapuskan segala kesalahan kamu serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar." (Al-Anfal: 29)
Kita biasa berdepan dengan kebuntuan hidup dalam kehidupan. Seolah-olahnya mereka gagal mengenal mana satu berlian dan permata, yang mana intan dan yang mana kaca. Mana yang betul dan salah.
Dan, kita seperti tidak berupaya mencari penyelesaiannya. Kenapa jadi begitu, walhal kita telah mengaku beriman kepada Tuhan? Mustahil Tuhan akan meninggalkan orang-orang yang beriman itu teraba-raba dalam mencari jawapan terhadap setiap permasalahannya itu.
Maka, jawapannya ialah - orang yang beriman yang ditimpa permasalahan tadi, masih tidak mencapai darjat ketaqwaan. Dan jika orang yang beriman itu bertaqwa, maka nescaya Tuhan menunaikan janjinya dengan cara memberikannya petunjuk.
Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmanNya, "Hai orang-orang yang beriman! Jauhi banyak berprasangka. Sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa. Dan jangan kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah antara kamu suka memakan bangkai saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang." (Al Hujuraat: 12)
Perbezaan lain antara orang yang beriman dan bertaqwa itu ialah insan yang beriman itu masih lagi tidak membebas diri daripada sikap prasangka, mengumpat dan mencela saudara mereka, mencari-cari keaiban orang lain untuk dihebah.
Maka, orang yang beriman dan telah sempurna jiwanya kerana kerohaniannya melompat ke darjat ketaqwaan itu, akan bersih lidahnya daripada mengumpat dan telinganya dibersihkan daripada mendengar keaiban orang lain.
Ada banyak lagi perbezaan sikap antara orang yang beriman dan bertaqwa ini. Dan, seperti yang termaklum, amalan puasa itulah antara salah satu daripada amalan yang mampu meletakkan kerohanian seseorang ke darjat ketaqwaan jika diamalkan dengan penuh keikhlasan dan kewaspadaan.
Orang yang berpuasa, digalakkan untuk tidak mencampuri urusan mendengar keaiban orang lain, selalu menyibukkan dirinya dengan zikrullah dan wirid.
Jika semua ini tercapai, maka lahirlah sikap suka menegakkan kebenaran, menyatakan yang benar di depan pihak berkuasa, kerap muhasabah tentang bekalan akhirat dan lain-lain ciri ketaqwaan yang lain.
Puasa telah menyebabkan anggota kita letih untuk melakukan maksiat dan amalan kerohanian itulah yang akan menguatkan kembali jiwa dan raga kita untuk meneruskan kehidupan.
Amalan berwirid dan berzikir di bulan Ramadhan akan menyebabkan kita kembali kepada fitrah yang suci dan asal, jika dilakukan dengan sempurna dan ikhlas menuju rahmat Allah.
Dari sudut pandangan peribadi saya, pendidikan di rumah mahupun di sekolah sangat penting untuk pembinaan sahsiah yang baik..pendidikan bukan sahaja bertumpu di sekolah tetapi di rumah juga anak-anak perlu disediakan pendidikan yang terancang..
Koreksi diri supaya gelombang kesedaran sentiasa dirasai dan menghargai masa yang masih berbaki sebelum terlambat..
- Bermonolog secara positif dan membentuk kata-kata perangsang yang boleh meredakan perasaan negatif..
- Contoh : " Aku mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang daripada sebelum ini"..
- Saranan mesti berbentuk positif supaya saranan ini mendorong anda bertindak seperti yang disarankan..
Kenduran Minda
- Penyakit utama minda apabila minda diberi ruang memikirkan kata-kata negatif..Contohnya begini, tatkala monolog diri menyarankan anda bangun untuk melakukan solat subuh berjemaah, kata-kata negatif akan cuba menembusi, 'Ala, tak payahlah. Subuh lama lagi..Asalkan sembahyang, cukuplah..Kalau ketahanan anda lemah ketika ini, anda akan mengikut saranan negatif ni..
- Dalam agama, saranan ni adalah bisikan daripada syaitan..Bila anda tewas, misi syaitan berjaya..meloncat kegembiraan syaitan2 2..anda terus lena dibuai mimpi indah tanpa menghiraukan solat subuh berjemaah..Ini belum saranan untuk berqiamullail..fikir-fikirkanlah..sejauh mana kekuatan & keimanan kita..
Mengingati Pencipta
- Anda perlu sedar masalah hati yang tidak dapat ditangkis dengan baik..Punca segala tekanan, masalah, kegelisahan adalah daripada hati yang kotor disebabkan dosa-dosa kita sendiri..
- Firman Allah dalam surah Al Ma'arij yg bermaksud: 'Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh..Apabila dia ditimpa musibah, dia berkeluh kesah dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia jadi kikir kecuali orang yang melaksanakan solat...........'
- Sentiasalah jadikan Tuhan sebagai peneman setia, kekasih hati, pengubat kalbu, penawar rindu di kala susah dan senang..
Ku persembahkan kisah seorang isteri yang bernama Zainab Al Ghazali.. Moga para suami mengerti erti perjuangan seorang isteri..
*******************************************************************************
BERSIKAP TEGAS TERHADAP SUAMIKU…
Kegiatanku ini tidak menghalangku daripada menyempurnakan tugas di Markaz Am Jamaah Muslimat dan tidak pula menyebabkan aku cuai terhadap tugas kekeluargaan. Suamiku yang mulia al Marhum Muhamammad Salim dapat menghidu sifat berwaspada saudara Abdul Fattah Ismail dan beberapa kader-kader bijak dari angkatan muda yang dating ke rumah kami..
“Adakah ikhwan Muslimin masih bergiat cergas?” Tanya suamiku.
“Ya, “ jawabku.
“ Bagaimanakah penyusunannya dan sampai ke tahap mana kegiatannya sekarang?” tanyanya lagi.
“ Menyusun kembali jemaah Ikhwan.” Jawabku.
“ Wahai suamiku yang mulia, ingatkah engkau, tatkala kita bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan, apakah yang aku ucapkan kepadamu pada hari itu?”. Tanyaku apabila beliau mula menyelidiki secara mendalam.
“ Ya, kamu mensyaratkan beberapa syarat. Tetapi pada hari ini aku bimbangkan gangguan daripada pihak taghut terhadapmu,: jelasnya.
Kemudian beliau diam dan menundukkan kepalanya.
********************************************************************************
“ Aku masih ingat lagi apa yang telah aku perkatakan kepadamu. Sesungguhnya ada satu perkara dalam hidup ini yang wajib kau ketahui, kerana kamu akan menjadi suamiku. Selagi kamu bersetuju untuk berkahwin denganku, aku perlu memberitahumu syarat tersebut, supaya kamu tidak tertanya-tanya di kemudian hari. Syaratku ialah aku tidak akan berhenti dalam perjuangan ini. Aku adalah pemimpin Jamaat Muslimat dan ini adalah benar. Tetapi kebanyakan orang menganggap aku mengikuti prinsip politik Parti Wafd. Itu tidak benar.
“ Perkara yang aku percayai dan yakini ialah risalah Ikhwan Muslimin. Tidak ada kaitan antara aku dengan Mustafa an Nahhas, Cuma persahabatan secara peribadi saja. Aku telah memberi bai’ah kepada Hasan al Banna untuk mati berjihad di jalan Allah.
“ Sungguhpun aku belum melangkah dalam kemuliaan rabbani ini walaupun selangkah, namun aku yakin akan melangkah ke dalam jihad ini pada suatu ketika nanti. Itulah cita-cita dan tekadku yang sangat kuharapkan. Apabila berlaku pertembungan antara kepentingan peribadi dan urusan ekonomimu dengan amal Islamku dan aku dapati kehidupan rumahtangga menjadi halangan kepada dakwah dan pembangunan dakwah Islam, maka kita berdua berada di persimpangan jalan.
“ Pada hari itu kamu tundukkan kepala kemudian mengangkat kembali dengan linangan air mata, lalu kamu berkata: ‘ Apa yang kamu mahu untuk mas kahwin? Kamu tidak minta apa-apa, Cuma syaratnya aku tidak menghalangmu berjihad di jalan Allah. Aku tidak tahu kamu mempunyai hubungan dengan Imam Hasan Al Banna. Yang aku tahu hanyalah engkau telah berselisih faham dengannya berkenaan dengan tuntutannya untuk menggabungkan Jamaah Muslimat kedalam jemaah Ikhwan Muslimin.’
***********************************************************************************
“ Alhamdulillah. Akhirnya kita bersetuju untuk bernikah di tengah-tengah tribulasi Ikhwan Muslimin pada tahun 1948 sebelum syahidnya al Imam Hasan Al Banna. Sedangkan sebelum ini, aku memutuskan untuk membujang sepanjang hayat bagi mewakafkan seluruh hidupku hanya kepada dakwah. Aku tidak meminta kamu menyertaiku dalam jihad ini, tetapi aku hanya mensyaratkan supaya kamu tidak menghalangiku daripada berjihad di jalan Allah. Pada hari-hari aku dibebankan dengan tanggungjawab dalam barisan mujahididn, janganlah kamu bertanya apa yang aku buat. Tetapi hendaklah kita berdua percaya mempercayai sepenuhnya.
“ Kamu ingat lagikah?” kataku lagi sambil memandang kepadanya setelah diam sejenak.
“ Ya, “ jawabnya.
“ Pada hari ini aku pinta supaya kamu menyempurnakan janjimu. Janganlah kamu bertanya siapakah yang akan ku temui dan aku mohon pada Allah supaya Dia menjadikan pahala jihadku dibahagi dua antara kita sebagai kurnia daripada Allah s.w.t apabila Dia menerima amal dan usahaku,” kataku.
*****************************************************************************
“ Aku tahu bahawa adalah menjadi hak kamu memerintah aku dan menjadi kewajipan aku untuk memberikan taat setia kepadamu. Tetapi di dalam jiwa kita, Allah lebih besar daripada kita. Dakwah Allah lebih mahal daripada diri kita. Kita sekarang sedang berada pada satu marhalah yang penting dan genting, di dalam marhalah dakwah,” kataku lagi.
“ Maafkan aku. Bekerjalah, semoga Allah memberkatimu. Mudah-mudahan aku hidup lagi sehingga tercapainya tujuan Ikhwan Muslimin dan terbuktinya cita-cita Islam dengan tertegaknya daulah Islam. Alangkah bahagianya hidupku pada zaman muda ini kalau aku dapat bekerjasama dengan kamu,” kata suamiku.
Oleh kerana banyaknya kegiatan dan aktiviti, para pemuda sentiasa datang tanpa henti ke rumahku siang dan malam. Apabila suamiku yang mukmin mendengar ketukan-ketukan pintu di tengah malam, beliau terus bangun membuka pintu dan mempersilakan mereka masuk ke bilik pejabat. Kemudian beliau pergi ke bilik pembantu rumah yang menguruskan urusan rumahtangga, membangunkannya dan menyuruhnya menghidangkan makanan dan minuman kepada para pelawat.
“ Anak-anak yang nampaknya datang dari jauh dan kelihatan penat sedang menunggumu di dalam pejabat,” kata suamiku sambil mengejutku dengan lemah lembut.
Lantas aku segera mengenakan pakaian dan pergi menemui mereka.
“ Sekiranya kamu hendak sembahyang subuh berjemaah, kejutkan aku supaya dapat sembahyang berjemaah bersama kamu, sekiranya itu tidak menyusahkan ,” kata suamiku sambil kembali semula ke tempat tidurnya.
“ InsyaAllah,” jawabku.
Tatkala kami hendak sembahyang subuh, aku kejutkan suamiku untuk bersembahyang bersama kami. Kemudian beliau beredar dan memberi hormat dengan penuh kasih sayang kepada para tetamu seperti penghormatan seorang bapa kepada anak-anaknya.
YA ALLAH
Kurniakanlah kami suami mukmin,
Bergerak seiring dalam medan dakwah,
Saling kuat memperkuatkan antara kami
Demi masa depan Islam yang cerah
YA RABB
Kami tidak lah sekental Zainab Al Ghazali
Tetapi bercita-cita mempunyai roh perjuangan sepertinya
Walau tidak standing dia
tetapi tetap berkorban demi agama..
YA TUHAN
Kami mohon kekuatan
Untuk terus thabat dalam perjuangan ini..
TERIMA KASIH TUHAN ATAS SETIAP PEMBERIAN
Bergambar dengan ahli kump di depan pintu masuk MARDI
Ni kat ladang teh..cantik kan pemandangan kat cni..
Suasana apartmen yang berkabus..Sejuk sangat masa ni..erghh
Kawasan apartmen yang berbukit bukau
Kembara ilmu ini memberi seribu makna kepada saya sebagai seorang hamba yang hidup menumpang di bumi Tuhan yang dipenuhi dengan pelbagai nikmat..Bagi saya, disamping saya membuat kajian untuk memenuhi keperluan tugasan, saya juga menggunakan peluang lawatan ini untuk mengkoreksi diri dan bermuhasabah dengan status saya sebagai manusia yang hidup bergantung dengan kasih sayang Tuhan..Tanpa kasih sayangNya, saya tidak mampu untuk memiliki segala nikmat kesenangan, ketenangan, kebaikan, kemudahan yang diperlukan oleh setiap yang bergelar manusia..
Ungkapan Alhamdulillah( segala puji bagi Allah) atas setiap pemberian dan peluang.. Ungkapan Subhanallah( Maha Suci bagi Allah) atas setiap bukti kebesaranNya melalui pengciptaan bumi indah Cameron Highland..
Tiada ungkapan lain yang mampu diluahkan melainkan rasa syukur dan puji-pujian keatasNya..Tengok keindahan bumi Cameron Highland ni memberi satu kepuasan pada diri saya..Lawatan ke Cameron ini merupakan lawatan saya yang kedua dan saya bersyukur kerana dapat merasai pengalaman berada di sana walaupun beberapa hari saja..
Selain pelajar, tidak ketinggalan juga pensyarah yang turut serta dalam rombongan ini..Ust khalid & family...En Razak & family...Pn Khatijah Yahya dan Pn Sarina & her daughter..Saya dapat rasakan yang mereka juga gembira dengan lawatan ini kerana selain menemani kami membuat kajian, mereka juga dapat bercuti bersama keluarga..Ust Khalid membawa isteri dan 6 orang anaknya bersama-sama kami bercuti di sini..( saya geram dengan si comel Mohd Syamil Hazwan), anak bongsu Ust Kahlid..Kenapa dia comel sangat????..Nak tengok gambar dia? tengok kat bawah ni..
Inilah dia si comel Syamil..
Pada hari Ahad, 8.00 pagi kami dah check out daripada apartmen..Sebelum pulang, sempat lagi saya bergambar kenang-kenangan dengan ahli rombongan..Masing-masing nampak gembira je..apa tak gembiranya, dah banyak membeli barang-barang brand Cameron( teh Cameron, bantal Cameron, payung Cameron, key chain, strawberi, pokok bunga, sayur2an dan mcm2 lagilah..)Ada rezki lebih, bolehlah nak beli belah kan...Syukurlah dengan segala pemberianNya...Selepas bergambar, kami sarapan pagi di pekan Cameron dan seterusnya ke pasar tani di Brinchang( buat kali kedua)..Sempat lagi membeli..Hmmm, pantang nampak kedai..Duit pasti melayang..Pada pukul 10.00 pagi kami bertolak pulang ke sangkar( bumi Melaka)..
KEMBARA YANG MENGASYIKKAN..MERENUNG KEAGUNGAN TUHAN..
Kawan-kawan lain hebat..masing-masing tunjuk taring..Mereka ni kate jer tak pandai, tapi STRIKE jer memanjang...Salsabila jugak yang terkebelakang..tak pelah, main ni bukan untuk menunjukkan siapa hebat...tapi sekadar nak kutip pengalaman dan mengasah kemahiran bermain bowling..Sebelum ni pun saya terlibat dalam gerko Bowling..Tapi tahun ni dah tak de gerko lagi..Jadi menumpang lah akak-akak KPLI bermain bowling.
Gamat dan riuh rendah kat tempat bowling dengan suara-suara kami2 ni..Tidak ketinggalan juga pensyarah-pensyarah penasihat yang bersemangat berkobar-kobar..Memang seronok dan happy dapat bersama kawan-kawan..Ini lah saat yang manis dan kenangan untuk saya bila dah tamat belajar nanti..Mesti rindu saat bersama kawan-kawan kan????..
Nak tengok skor group saya?? tengok kat bawah ni...
Inilah hasilnya.. hehe
Sambil bermain, sempat jugak kami bergambar..sekadar nak buat kenang-kenangan..Tapi sebenarnya, salsabila memang suka bergambar pun..Main, main jugak..bergambar tak dilupakan..Pepun, lepas ni kami berhasrat nak main lagi..insyaAllah..setiap hari rabu, pukul 5.30 petang..Sesiapa yang berminat, let's join the group
Pemain-pemain bowling..
"Tolonglah Encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi."Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu.
Dalam hatinya berkata " Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain tetapi untuk diri dan keluargaku."
Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.
beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.
Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.
Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis.
suami yang baru itu menjawab dengan tenang : " Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu."
Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita ini seperti putaran roda dan tidak selalunya di atas. Ada masa dan ketikanya kita akan turun ke bawah dan naik semula atau sebaliknya.
Rasulullah SAW bersabda:
" Sedekah itu dapat menutup 70 ribu kejahatan"
Anas bin Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :
" Barangsiapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaanmu, barangsiapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barangsiapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya".
Tak goyah dilanda taufan
Tak tumbang ditempuh badai..tetap kukuh berdiri..
Iman As Syahid Imam Hasan Al Banna :
" PENDAKWAH di jalan Allah itu ibarat sepohon pokok yang lebat dan ranum buahnya. Orang ramai melontarkannya dengan batu dan kayu (untuk mendapatkan buah) tetapi mereka melontarkan (memberikan) buah-buah yang ranum dan manis kepada mereka "
Dibawakan analogi yang cukup cantik dalam Surah Ibrahim 14: 24-25 yang bermaksud :
" Tidakkah engkau melihat bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan cabangnya menjulang ke langit"
Apa kalimat yang baik???
Kalimat tauhid iaitu segala ucapan yang menyeru kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran serta perbuatan baik..Kalimat tauhid seperti kalimat Lailaha illallah
Jika diberi pilihan antara 2 pohon iaitu pohon mekar dan pohon layu, pastinya kita memilih pohon mekar kerana ia boleh menghasilkan buah-buahan yang manis, enak, berkhasiat dan menyegarkan..TAPI, bukan semudah itu untuk menjadi pohon yang mekar..
Yang pasti, BENIH IMAN perlu dibajai dalam diri supaya benih yang disemai mengeluarkan pepohon yang rimbun dan membahagiakna kita semua baik di dunia mahupun akhirat.
Sama-sama menjadi pepohon rimbun yang bermanfaat pada diri sendiri dan orang lain jua..