Minggu lepas saya terlibat dengan bengkel penyusunan modul usrah umum IPPM, anjuran lajnah usrah dan tarbiyah..alhamdulillah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada sahabat-sahabat ajk BISA..walaupun perancangan agak 'last minute'..

Sebenarnya artikel dah mula ditaip pada minggu lepas, tetapi tak sempat nak siapkan..Jadi hari ini saya sambung coreten tentang bengkel ni..Bengkel ni julung-julung kali diadakan..Silibus usrah umum IPPM akan dibukukan selepas semua silibus telah ditaip dan disusun mengikut ambilan guru pelatih..Usaha ini dapat membantu lajnah usrah dan tarbiyah dalam menyediakan bhan usrah kepada naqibah..( x lah kalut nak cari bahan setiap minggu kan)

Selain tu, naqibah dapat bersedia awal dengan tajuk-tajuk usrah pada setiap minggu dan mencari bahan-bahan tambahan yang lain sekiranya perlu untuk digunakan dalam usrah sughra bersama anak usrah..Usrah pun akan jadi lebih menarik dan mampat dengan ilmu..Ditambah pula dengan penyampaian naqibah yang "terunggul"..

Dari sudut pandangan peribadi, silibus ini hanya sekadar garis panduan supaya penyampaian dan penerimaan ilmu mengikut peringkat dan susunan daripada asas kepada lebih kompleks..Wlaubagaimanapun, usrah ini sebenarnya merupakan medan pembentukan peribadi modal insan yang berakhlak, bertamadun dan berkepimpinan.. Penerapan nilai sikap menjadi elemen dominan dalam usrah(keluarga) yang dibentuk..

Pembudayaan sikap yang baik menjadi kayu ukur kepada keberjayaan usrah yang dijalankan..Saya melihat elemen ini sebagai yang terpenting kerana kita bukan sahaja ingin melahirkan mad'u yang berilmu tapi berkepimpinan untuk menjadi 'future leader pada masa akan datang..Senario kini memerlukan kepada orang yang seimbang dari semua segi bukan sahaja dari sudut teori tetapi dari sudut praktikalnya..

Atau ringkasnya seimbang dari segi IQ, SQ dan EQ..dan inilah yang kita mahukan..

'MELAHIRKAN KEPIMPINAN HARAPAN'



Buat julung-julung kalinya aku menderma darah pada 11 Februari 2009 semasa kempen derma darah yang dianjurkan oleh Biro Sosial dan Kebajikan JPP, IPPM..Sebelum ini aku tidak pernah menderma darah walaupun peluang itu ada di depan mata..Atas alasan :
  • Berat tidak mencukupi
  • Tekanan darah rendah
  • Lain kali...tunggu bersedia dulu..
  • Nanti berlaku sesuatu yang buruk semasa @ selepas menderma

Pelbagai alasan yang aku gunakan demi tidak menderma darah..Bukanlah kedekut untuk menderma tetapi disebabkan persepsi negatif aku terhadap derma darah ini sekaligus menghalang aku untuk menderma seperti orang lain jua..

Kempen ini diadakan di Dewan Seri Kandi( dewan utama) IPPM..Sebaik sahaja aku tamat kuliah pada hari tersebut, aku terus bergerak ke dewan untuk memantau dan melihat sambutan kempen ini..Setibanya aku di dewan, aku mendapati guru pelatih telah memenuhi setiap ruang @ stesen seperti stesen isi borang, pemeriksaan darah, hemoglobin, rawatan doktor dan yang pastinya kerusi-kerusi untuk menderma telah pun dipenuhi..

Aku bergerak ke setiap stesen untuk memerhatikan dengan lebih jelas..Apabila aku tiba di stesen isi borang, seorang ajk menyerahkan satu borang kepadaku untuk di isi tanpa dipinta..lebih kurang mcm nilah dialognya :

ajk: K.sal, dermalah darah..

sal : Hmmm, x cukup beratlah..tapi x pe, akak check berat dulu..( rupa2nya, berat aku mencukupi untuk menderma..x sangka jgk)..berat akak cukup la kalo nak derma..tapi, takutlah..x pernah derma pun sebelum2 ni..( dalam hati bermonolog: penakutnyerlah salsabila ni..)

ajk : x pe kak, cuba lah dulu..Nah, isi borang ni..

sal : ok lah..boleh isi..tapi nak check kategori darah jer..( aku pun isi borang dan beratur menunggu giliran borang itu disahkan oleh pegawai)..

Pada saat itu lah bermulanya aku menderma darah..

Moral of story : Jangan cepat membuat persepsi sebelum mencubanya..

Berkata As-syahid Al-Imam Hassan Al-Banna:


1. Sesungguhnya ramai yang mampu berkata-kata dan sedikit dari mereka yang bertahan dalam beramal dan bekerja. Ramai pula dari yang sedikit itu yang mampu bertahan di waktu beramal dan sedikit dari mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan berat. Para Mujahidin itu adalah angkatan terpilih yang sedikit bilangannya tetapi menjadi penolong dan menjadi Ansarullah. Adakalanya mereka tersilap tetapi akhirnya menepati tujuan sekiranya mereka diberi Inayah dan Hidayah oleh Allah.


"Sesungguhna kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk" (Al-Qashash:56)


"Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam" (Al-Ankabut:6)


2. Sesungguhnya ujian-ujian Allah adalah PROSES PENAPISAN, untuk menapis orang yang benar dan yang bohong; orang yang beriman dan Munafik; orang yang sabar dan gopoh.


"..dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir" (Ali-'Imran:141)


"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antar kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu" (Muhammad:31)


"Musa berkata kepada kaumnya:'Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakanNya kepada siapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa" (Al-A'Raaf:128)


3. Sesungguhnya da'wah berdiri di atas keazaman, bukan di atas kemudahan.


"Allah berfirman:'Jangan takut (mereka tidak akan dapat membunuhmu), maka pergilah kamu berdua dengan membawa ayat-ayat Kami (mu'jizat-mu'jizat); sesungguhnya Kami bersamamu mendengarkan (apa-apa yang mereka katakan)," (Asy-Syu'araa':15)


4. Orang yang beriman apabila diganggu Syaitan, mereka cepat sedar dan kembali kepada Allah.


"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. Dan teman-teman mereka(orang-orang kafir dan fasik) membantu syaitan-syaitan dalam menyesatkan dan mereka tidak henti-hentinya(menyesatkan)" (Al-A'raaf:201-202)

Wahai saudaraku, hendaklah kita tetap berada di atas Jalan Da'wah ini. Sesungguhnya janji-janjiNya adalah benar.
Tarikh kelahiran : Oktober 1906
Tempat kelahiran : Desa al Mahmudiya yang terletak di daerah al Bahriyyah, Iskandariah, Mesir.
Bil. Adik beradik : Anak sulung daripada lima beradik
Nama bapa : Syeikh Ahmad ibn Abd al Rahman al-Banna


Pendidikan :

· Sekolah Rendah
· Memasuki Pusat Latihan Perguruan
· Memasuki Darul Ulum di Kaherah pada awal usia 16 tahun kerana kebijaksanaan dan ilmu pengetahuannya yang luas.
· Usia 23 tahun, dapat ijazah dari Darul Ulum dan menjadi guru bahasa Arab di salah sebuah sekolah di bandar Ismailiyah.
· Tahun 1946, letak jawatan sebagai guru. Beri tumpuan pada dakwah.


Penglibatan dalam gerakan dakwah/politik :


· Semasa di Kaherah, Hassan al Banna terdedah dengan pergolakan parti politik dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Ataturk. Parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular kebanyakannya bertujuan melemahkan pengaruh Islam.
· menganggotai pertubuhan Jamaitul Makram al-Akhlaq


Menubuhkan lkhwan Muslim :

· Pada Mac 1928, di rumahnya beserta adik dan lima orang sahabatnya.


Strategi Ikhwanul Muslimin :

· Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad, seterusnya melaksanakan cita cita perjuangan dengan tegas.

Kekuatan Ikhwanul Muslimin :

· lkhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas Perang Dunia Kedua apabila pertubuhan ini turut bertanding dalam perebutan kuasa politik
· Sehingga tahun 1934, Ikhwan telah menubuhkan lebih 50 cawangannya di Mesir. Pertubuhan ini telah menubuhkan beberapa buah sekolah, masjid dan kilang.
· Pada penghujung Perang Dunia Kedua, lkhwan mempunyai lebih setengah juta pekerja yang aktif dan setengah juta penyokong (sesetengah sumber menyebut sekitar 3 juta). Lebih 3000 cawangan kesernuanya telah wujud di Mesir dan 50 di Sudan dihasil-kerja Ikhwan yang melangkaui batas negara.


Pengharaman Ikhwan Muslimin dan Pembunuhan Hassan AI-Banna :

· Pengaruh Ikhwan Muslimin yang kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir di bawah Noqrashi Pasha dari Parti al-Safdi.
· Pada 8 November 1948 isyhtihar haram.
Polemik politik di Mesir:
· Kerajaan Mesir telah mengharamkan Ikhwan Muslimin atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan.
· Kesemua cawangannya yang berjumlah lebih 3000 diarahkan supaya dibubarkan. Sekiranya masih beroperasi, mereka akan dikira sebagai pertubuhan haram, pelampau dan pengganas
· Unit-unit tentera Mesir dan tentera Ikhwan Muslimin yang berjuang di Palestine dipanggil balik.
· Berbagai-bagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap Ikhwan Muslimin.
· Anggota-anggotanya ditangkap, dimasukkan ke dalam penjara, di seksa dengan teruk, malah ada yang dibunuh
· Tidak lama kemudian Perdana Menteri Mesir telah dibunuh dan Gerakan Ikhwan telah dipersalahkan atas kejadian itu.
· Pada bulan yang berikutnya harta benda pergerakan itu telah dirampas dan beribu ribu orang beliau telah disumbatkan ke dalam penjara.


Konspirasi pembunuhan Hassan Al Banna :

· Dengan alasan untuk mengendurkan (konflik antara Ikhwan Muslimin dan kerajaan, pihak kerajaan menjemput Hassan al-Banna untuk berunding bertempat di Pejabat Jam'iyyah al-Syubban al Muslimin. Sebenarnya jernputan itu hanyalah sebagai helah untuk membunuh beliau.
· Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hasan al Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur, seorang peguam, suami kepada adik perempuannya berada di pejabat tersebut
· Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding, tetapi malangnya Zaki Ali Basya tidak kunjung tiba.
· Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isyak mereka memanggil teksi untuk pulang.
· Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol. Mereka berdua terkena ternbakan itu.
· Iparnya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut.
· Walaupun terkena tujuh tembakan, Hasan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam'iyyah al Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital.
· Setibanya di hospital Qasral 'Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hasan al Banna.
· Pada pukul 12.50 tengah malam, Hasan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak.


Pengurusan Jenazah :

· Pada pukul satu pagi pihak polis menyampaikan berita kematian kepada ayah Hasan al-Banna dengan dua pilihan: Pihak polis akan menghantarkan jenazah ke rumahnya untuk beliau menjalankan urusan pengebumian pada jam sembilan pagi tanpa sebarang perhimpunan, jika tidak menerima tawaran pertama itu, pihak polis sendiri terpaksa membawa jenazah dari hospital ke kubur tanpa beliau melihat jenazah anaknya itu.
· Ayah Hasan al Banna menerima pilihan yang pertama
· Jenazah Almarhum dibawa masuk ke rumahnya secara tidak ada orang yang melihatnya dan tidak ada yang mengetahui masa ketibaannya.
· Ayah Imam Hasan al Banna memandi dan mengapankan jenazah seorang diri
· Polis tidak membenarkan sesiapa datang ke rumah tersebut untuk mengucapkan takziah dan tidak dibenarkan membaca al-Quran
· Beliau dengan tiga orang perempuan terpaksa mengusung anaknya itu menuju ke Masjid al-Qaisun untuk disembahyangkan.
· Pihak polis lebih dahulu telah pergi ke masjid memerintah orang-orang yang ada di situ supaya meninggalkan masjid.
· Sheikh Abdur Rahman seorang diri menunaikan solat jenazah ke atas anaknya itu.
· Kemudian mereka meneruskan pengusungannya menuju ke perkuburan untuk disemadikan jenazah Almarhum.