Guru Pembina Negara Bangsa..

Pendidikan mengikut pandangan umum merupakan aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Daripada pandangan tokoh- tokoh Islam, proses pendidikan merupakan penyatuan semua ilmu pengetahuan di bawah Al Quran yang menjadi teras pendidikan. Mengikut mereka, pendidikan boleh memainkan peranan ke arah mewujudkan keseimbangan antara potensi fizikal, intelek dan rohani manusia..
Al Ghazali berpendapat :
" Proses pendidikan perlu merangkumi aspek intelek, latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani dan hormat menghormati".
Manakala daripada pandangan tokoh pendidikan timur berpendapat peranan utama pendidikan ialah membina tingkah laku manusia supaya menjadi orang yang berakhlak mulia, mematuhi peraturan serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara..
Hamka berpendapat :
" Pendidikan merupakan proses yang boleh membentuk tingkah laku yang baik, sikap yang berani serta budi pekerti yang mulia seperti sikap merendahkan diri, sabar, menghormati orang tua dan sebagainya."
Berdasarkan pentafsiran-pentafsiran pendidikan dan pertimbangan yang telah dibuat, maka terhasillah Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang diguna pakai sehingga sekarang :
" Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara meyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.'

Dari sudut pandangan peribadi saya, pendidikan di rumah mahupun di sekolah sangat penting untuk pembinaan sahsiah yang baik..pendidikan bukan sahaja bertumpu di sekolah tetapi di rumah juga anak-anak perlu disediakan pendidikan yang terancang..
Salam perjuangan..


Sekian lama saya tidak mencoret dalam blog ini..Setiap kali membuka blog, saya tertarik untuk membaca penulisan blogger2 yang lain..macam-macam input saya boleh dapati sehinggakan saya sendiri 'asyik' dengan pembacaan di blog sahabat2, pimpinan mahupun persatuan yang sangat berinformasi dan bermanfaat..Tambahan pulak saya sendiri tidak berkesempatan melayari internet setiap hari..Disebabkan faktor ini lah saya ketepikan dahulu blog mataairsyurgaku..bukan tiada kemahuan untuk menulis tetapi saya sangat teruja dengan laman-laman blog yang lebih membuka minda dan berilmiah sehinggakan saya sanggup menghabiskan berjam-jam ( sekiranya ada masa terluang) membaca menambah input ilmu pengetahuan..
########################################################################
Saya melihat penulisan blog ini sangat membantu penulis mahupun pembaca menajamkan fikiran dan lebih terbuka dalam menilai sesuatu isu..Macam-macam jenis pengisian yang boleh saya dapati di blog iaitu daripada sekecil2 perkara sehinggalah kepada sekompleks2 perkara..informasi daripada media arus perdana kerajaan Malaysia( surat khabar, televisyen) yang kurang jelas, bias mahupun yang diragui faktanya sangat melemaskan saya jika berterusan berdamping setia dengan mereka..sebagai alternatifnya, ruangan blog boleh memberi penjelasan yang sebenar dan terkini..
########################################################################
Budaya memblog telah meluas dalam masyarakat sekarang ini dengan pelbagai tujuan..samada sekadar hobi @ wadah penjelasan @ suatu pemberian @ penyebaran ideologi @ laman perkenalan @ apa sahaja yang bertujuan..Saya mengajak kepada pengunjung dan pembaca supaya mewujudkan blog yang boleh memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain sebagai satu pemberian yang tidak ternilai..Ia boleh merangsang pemikiran yang kritis dalam menghasilkan suatu penulisan samada yang berunsur penilaian, penjelasan, kritikan atau analisis..Daripada menghabiskan masa melayari youtube, memuat turun video, bermain friendster, tagged, facebook yang tidak bertujuan, lebih baik menyumbang sesuatu kepada umat..


" ...berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan berpesan-pesanlah kepada kesabaran" ( 108:3)