Lagu ini ku tujukan kepada guru-guru yang telah mengajar ku selama ini sehingga aku bisa menjadi 'insan' seperti sekarang. Segala jasamu tidak dapat ku balas..hanya doa yang mampu ku hulurkan..moga kalian sejahtera dan bahagia di dunia mahupun di akhirat..

Buat guru ku di PASTI, Bukit Sekilau, Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau, Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan, Kulliyah Al Lughah Waddin, Sultan Abu Bakar, Matrikulasi UIA, dan IPGM,KPM, ku ucapkan jutaan terima kasih atas segala pengorbanan kalian mengajar dan mendidik daku menjadi insan berguna..

Masih jelas diminda
bisikan suaramu..memanggil
Di situ langkahku bermula
mengejari cita..kau disisi

Lantas ku utuskan
lagu untuk menyatakan
terima kasih guru
kerna hulur tanganmu
ku menghargai setulus jiwaku
bicaramu guru
kan ku ingat selalu
menjadi azimat
hingga ke akhirnya

Guru..ibarat pelita
sentiasa menyinar
kamar hidupku..
Guru..kau pewaris ilmu
mendidik diriku
hinggaku berjaya

Andai diberi peluang
inginku terbang tinggi
di awangan kanku petik
bintang-bintang
ku jadikan hadiah untukmu
moga tuhan merahmatimu
Terima Kasih..

Guru,telah tiba masanya untuk aku menyambung perjuanganmu..mendidik anak bangsa dengan penuh ikhlas..mengenal Pencipta, membentuk peribadi islam, mencorak minda, menjana pengetahuan anak bangsa yang semakin kering dengan 'nilai dan etika'..



Kepimpinan secara amnya adalah bermakna pengaruh, satu seni atau proses mempengaruhi orang supaya mereka dapat berusaha secara sukarela kea rah pencapaian matlamat bersama( Knntz & Donnel)

Kepimpinan adalah satu proses pengaruh mempengaruhi antara pemimpin dengan pengikut. Walaupun pemimpin mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung kepada pujukan dan paksaan. Proses ini selalunya melibatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan tujuan utama adalah untuk mencapai matlamat bersama. Jadi kepimpinan bukan hanya tanggungjawab pemimpin, tetapi memerluka segala kerjasama daripada pengikut-pengikutnya. (Hollander)

Peranan yang dimainkan oleh guru dalam bidang pendidikan adalah sangat penting. Selain daripada menyampaikan ilmu,segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada mrid-muridnya. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, professional dan sosial yang baik dan murni. hanya guru yang mempunyai tatasusila yang tinggi akan berjaya menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sifat dan kualiti peribadi ini tidak akan dapat dibentuk sekiranya tiada mekanisme yang mendorong pembentukan sifat yang baik dalam kalangan guru.


Sabda Nabi SAW :

“ Tidak beriman seseorang yang tidak memelihara amanah dan tidak sempurna iman seseorang apabila tidak menepati janji. “


Oleh yang demikian, berilah contoh teladan yang baik kerana segala-galanya bermula daripada seorang guru. Sebelum melangkah ke alam perkhidmatan awam, persiapkan lah diri untuk menjadi guru yang berintegriti, akauntabiliti dan amanah. Kerana, seperti dalam satu pepatah ada menyebut :


Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari..


Sikap guru akan menentukan nilai, kepercayaan dan tingkah laku anak muridnya..Untuk mendapat anak murid yang baik, maka baik kanlah diri sendiri terlebih dahulu..Tidak wajar menyalahkan anak murid sekiranya mereka nakal dsb, sebaliknya tanyalah diri sendiri apa kesilapan dan kekurangan diri dan reflek semula sikap kita semasa di bangku sekolah..Boleh jadi, ia menjadi kifarah pada kita atas perbuatan lalu..

Sabda Nabi SAW :

" Manusia itu mengikuti kebiasaan temannya, maka hendaklah sesorang daripada kamu melihat siapa yang akan dijadikan temannya"

Haruslah dipertimbangkan sejumlah perkara. Ia harus seorang yang berakal, berakhlak baik, tidak fasik dan tidak berlebih-lebihan mencintai dunia..adapun akal adalah modal..Amirul mukminin Ali r.a berkata :

Jangan berteman orang bodoh,
Awaslah kamu terhadapnya
betapa ramai orang bodoh yang membinasakan
orang bijak ketika bertemu dengannya,
Manusia itu diukur dengan manusia lainnya,
Bila manusia bergaul dengannya,
Sesuatu itu terhadap sesuatu lainnya
mempunyai ukuran dan kesamaran
Dan hati menjadi petunjuk hati
ketika berjumpa dengannya.

adik-adik yang tersayang

Allah berfirman yang bermaksud :

" Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan daripada mengingati Kami serta menuruti hawa nafsu" ( Ak-Kahfi : 28)

Saya selitkan satu wasiat daripada Alqamah kepada anaknya :

" Hai anakku, jika engkau perlu berteman dengan orang-orang, maka bertemanlah dengan orang yang apabila engkau melayaninya, ia pun melindungimu dan jika berteman dengannya, ia menghiasmu. Jika engkau tidak mampu menggunakan hartamu, bertemanlah dengan orang yang apabila engkau berbuat baik kepadanya, ia pun membalasmu, dan jika engkau berbuat dosa, ia pun mencegahnya. bertemanlah dengan seseorang yang apabila engkau meminta sesuatu darinya, ia pun memberimu, dan jika engkau diam, ia akan menyapamu. Dan jika engkau mengalami musibah, ia menolongmu, Bertemanlah dengan orang yang apabila engkau hendak melakukan sesuatu, ia pun menasihatimu dan jika kalian bertengkar, ia lebih menutamakanmu.

bahagia dan moga terus bahagia

Akhirnya, saya bawakan kata-kata daripada Saidina Ali bin Abi Thalib :

Sesungguhnya saudaramu yang sebenarnya
ialah yang bersamamu
dan merugikan dirinya untuk memberumu manfaat
Dan apabila terjadu musibah,
ia mendatangimu ia korbankan dirinya untuk menolongmu..

Bermuhasabahlah kita semua..Adakah kita seperti yang disebutkan?



Sedar tak sedar, hanya tinggal lebih kurang 2 minggu sahaja lagi tempoh pengajian bagi tahun 2009. Sekarang masing-masing sibuk menelaah pelajaran kerana sedang berhadapan dengan final exam..setiap pelajar mengingingkan keputusan yang terbaik dalam peperiksaan..Sebab itu, bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran..Kesungguhan itu terserlah apabila tibanya zon 'exam'..Jika dilihat, budaya ini akan berlaku pada setiap semester, setiap tahun..
Sebenarnya, apa yang ingin saya tegaskan di sini, usaha manusia itu berbaloi sekiranya kita dikurniakan kejayaan. Tetapi adalah lebih berbaloi sekiranya ia disusuli dengan doa dan tawakal kepada Allah SWT..kerana kita perlu percaya bahawasanya, yang memberi kejayaan bukanlah diri manusia itu sendiri tetapi Al Khaliq yang memberi keizinan..usaha yang disusuli pengharapan kepada Allah swt adalah lebih bernilai berbanding usaha yang tidak disusuli dengan keyakinan serta bergantung harap kepada Allah..Kerana telah ditegaskan oleh Allah dalam firmanNya mafhumnya :
..." Apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah SWT.Sungguh Allah suka mencintai orang yang bertawakkal. ( Al-Imran: 159)
Kita hanya berusaha, yang memperkenankan adalah Allah SWT..jadi, saya menyeru diri saya dan pembaca sekalian agar sentiasa bergantung harap kepada yang selayakNya dan berusahalah untuk mencari keberkatan daripada Allah SWT..
Salam ukhuwwah buat sahabat2 sekalian..setelah sekian lama teratak ini sunyi tanpa pengisian, akhirnya alhamdulillah saya diberi kekuatan dan kesempatan untuk menulis kembali..Bila berkunjung ke teratak sahabat-sahabat, cemburu rasanya kerana sentiasa bertambah-tambah pengisian yang istimewa..jadi, hati ni terpanggil untuk menghias kembali ruang-ruang yang masih kosong..saya memohon maaf kepada tetamu-tetamu yang bertandang ke teratak mataairsyurga kerana tidak dapat menghidangkan hidangan yang menarik dan terkini..Kini, teratak mataairsyurga telah pun berwajah baru..mudah-mudahan ia seiring dengan usaha menambah baik pengisian dalam blog ni..

Post kali ni saya ingin berkongsi pengalaman sebagai pelajar di Maktab Perguruan memandangkan tempoh pengajian saya akan tamat tidak lama lagi.. Setelah 5 tahun setengah belajar di IPG, pelbagai ilmu dan pengalaman yang telah saya kutip di sini. Setahun setengah di IPBMM dan 4 tahun di IPPM..Bagi saya, saya berada di maktab perguruan bukan sekadar untuk menimba ilmu semata-mata tetapi menimba pengalaman. Guru terbaik adalah pengalaman dan melalui pengalamanlah akan melahirkan kematangan.

Semenjak di sekolah, saya sememangnya memasang matlmat untuk menceburkan diri dalam pelbagai bidang samada kurikulum mahupun kokurikulum..Alhamdulillah, saya berpeluang merasainya semasa sekolah..matlamat tersebut tetap diteruskan sehingga saya menyambung pelajaran di IPG..Saya mencuri peluang yang ada untuk saya terlibat aktif dalam kurikulum, kokurikulum dan kepimpinan..Saya merasakan peluang yang saya perolehi sangat-sangat berharga kerana dari situ saya belajar untuk memimpin diri sendiri dan orang lain.

Bagi sahabt-sahabat yang masih belajar, rebutlah peluang untuk mencari seberapa banyak pengalaman yang mampu dicari..Sememangnya core bussiness bagi seorang pelajar adalah 'belajar'..tetapi menjadi satu kelebihan kepada sesiapa yang berkeinginan lebih daripada itu kerana mereka bakal memperoleh ilmu berbentuk teori dan praktikal secara seiring melebihi daripada orang lain..Sepertimana Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) yang menggariskan pembinaan insan seimbang yang mana tidak hanya menumpukan kepada satu aspek sahaja tetapi kesemua aspek sokongan yang lain.. oleh sebab itulah, guru pelatih perlu menceburkan diri dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di IPG sesuai dengan standard kualiti yang diharapkan oleh sekolah khususnya..

Jadilah guru serba boleh..Dimana sahaja kita ditempatkan, kita telah bersedia berkhidmat untuk mengajar dan mendidik..sesungguhnya, 'Clien' kita sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada gurunya..All the best buat sahabat-sahabat seperjuanganku (PISMK_OUM) yang bakal berhelar guru..Ku doakan agar kalian dipermudahkan segala urusan dan menjadi guru yang terbaik..

Kalau solat menjadi tanda aras dan kayu ukur penganut ajaran Tauhid, nescaya hal ini sukar kita bincangkan. Ini kerana, sukar kita melihat penganut agama, selain Islam melakukan solat.

Walaupun sesekali kita pernah terdengar dan membaca bahawa di sana, ada beberapa penganut agama Yahudi misalnya pernah bersolat seperti penganut Islam juga. Tetapi, dalam realiti sekarang, sulit untuk kita perhatikan gerak laku solat penganut agama lain yang mirip kepada Islam.

Al-Qur'an yang merincikan solat penganut agama lain dengan penganut Islam terletak pada surah Ali Imran ayat 43.

"Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan solat) bersama-sama orang-orang yang rukuk."

Ada riwayat yang menyatakan bahawa solat yang mempunyai rukun rukuk di dalam solat ialah solat penganut Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ini kerana solat penganut Nasrani tidak mempunyai rukuk. Wallahu'alam..

Menurut sesetengah pendakwah dan penceramah yang dahulunya Kristian Nasrani, pernah menyatakan bahawa Nabi Isa a.s menunaikan solat; suatu upacara keagamaan, ajaran Tauhid yang berasal daripada Ibrahim a.s.

Bagaimanapun, ciri-cirinya yang asli telah luput ditelan gelombang putaran ganas dan keasliannya rupa parasnya telah pudar dilapah arus masa.

Puasa, lambang amalan agama samawi

Oleh kerana, dialog mengenai agama di negara kita belum mencapai tahap yang baik, maka ada beberapa hal perbincangan yang tidak dapat kita lanjutkan di sini.

Bagaimanapun, tetap sahaja ada amalan agama Islam yang masih sama dan mirip kepada ibadat penganut Islam, iaitu puasa.

Manakala, amalan-amalan lain seperti solat, zakat dan menunaikan fardhu haji tidak mirip kepada amalan penganut lain.

Seperti yang difirmankan Tuhan di dalam al-Qur'an, "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al-Baqarah: 183)

Pertamanya, dari nas ini umat Islam dapat mengenali agama-agama lain sebagai agama samawi dengan merujuk amalan berpuasa itu. Antara agama-agama yang memiliki ciri persamaan dari sudut amalan ini, iaitu berpuasa ialah Buddha, Hindu, Kristian dan juga Yahudi. Bagaimanapun, cara bagaimana amalan berpuasa dilaksanakan, ada sedikit perbezaan.

Jenis dan martabat berpuasa itu juga berbeza-beza mengikut agama, adat budaya bangsa dan martabat kerohanian seseorang itu.

Lantaran itulah, Tuhan menyatakan di hujung ayat itu, dengan harapan, amalan berpuasa yang kita lakukan itu dapat meningkatkan martabat kerohanian kita ke darjat ketaqwaan, iaitu darjat yang teragung dan paling tinggi.

Disebutkan dalam al-Qur'an, bahawa Tuhan menyeru orang yang beriman agar mencapai darjat ketaqwaan. Ini kerana, orang yang beriman, belum tentu dapat mencapai darjat ketaqwaan. Tapi, orang yang bertaqwa, sudah pastilah mereka beriman.

"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benarnya, dan janganlah kamu mati melainkan berada dalam Islam. (Ali Imran: 102)

Juga kepada orang yang beriman itu, Allah s.w.t meminta mereka bertaqwa dengan cara menyatakan perkara yang benar walaupun pahit didengar. Ini kerana, orang yang beriman pun belum tentu dapat menyatakan perkara yang benar.

"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, maka Allah memperbaiki bagi amalan-amalanmu, dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.." (Al-Ahzab: 70 - 71)

Maka, hendaklah orang-orang yang beriman itu berjuang mendapatkan tempat di martabat ketaqwaan. Ini kerana, hanya yang mampu menyatakan kebenaran itulah yang layak digelar mencapai darjat ketaqwaan.

"Wahai orang-orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan setiap orang hendaklah perhatikan apa yang telah diperbuatkan untuk hari esok (akhirat).." (Al-Hasyr: 18)

Orang-orang yang beriman turut diseru mencapai darjat ketaqwaan dengan menyediakan amalan sebagai bekalan untuk hari akhirat mereka. Ini kerana, ramai orang beriman, tetapi seperti tidak mengendahkan amalan mereka untuk akhirat.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dan yang salah, dan menghapuskan segala kesalahan kamu serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar." (Al-Anfal: 29)

Kita biasa berdepan dengan kebuntuan hidup dalam kehidupan. Seolah-olahnya mereka gagal mengenal mana satu berlian dan permata, yang mana intan dan yang mana kaca. Mana yang betul dan salah.

Dan, kita seperti tidak berupaya mencari penyelesaiannya. Kenapa jadi begitu, walhal kita telah mengaku beriman kepada Tuhan? Mustahil Tuhan akan meninggalkan orang-orang yang beriman itu teraba-raba dalam mencari jawapan terhadap setiap permasalahannya itu.

Maka, jawapannya ialah - orang yang beriman yang ditimpa permasalahan tadi, masih tidak mencapai darjat ketaqwaan. Dan jika orang yang beriman itu bertaqwa, maka nescaya Tuhan menunaikan janjinya dengan cara memberikannya petunjuk.

Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmanNya, "Hai orang-orang yang beriman! Jauhi banyak berprasangka. Sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa. Dan jangan kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah antara kamu suka memakan bangkai saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang." (Al Hujuraat: 12)

Perbezaan lain antara orang yang beriman dan bertaqwa itu ialah insan yang beriman itu masih lagi tidak membebas diri daripada sikap prasangka, mengumpat dan mencela saudara mereka, mencari-cari keaiban orang lain untuk dihebah.

Maka, orang yang beriman dan telah sempurna jiwanya kerana kerohaniannya melompat ke darjat ketaqwaan itu, akan bersih lidahnya daripada mengumpat dan telinganya dibersihkan daripada mendengar keaiban orang lain.

Ada banyak lagi perbezaan sikap antara orang yang beriman dan bertaqwa ini. Dan, seperti yang termaklum, amalan puasa itulah antara salah satu daripada amalan yang mampu meletakkan kerohanian seseorang ke darjat ketaqwaan jika diamalkan dengan penuh keikhlasan dan kewaspadaan.

Orang yang berpuasa, digalakkan untuk tidak mencampuri urusan mendengar keaiban orang lain, selalu menyibukkan dirinya dengan zikrullah dan wirid.

Jika semua ini tercapai, maka lahirlah sikap suka menegakkan kebenaran, menyatakan yang benar di depan pihak berkuasa, kerap muhasabah tentang bekalan akhirat dan lain-lain ciri ketaqwaan yang lain.

Puasa telah menyebabkan anggota kita letih untuk melakukan maksiat dan amalan kerohanian itulah yang akan menguatkan kembali jiwa dan raga kita untuk meneruskan kehidupan.

Amalan berwirid dan berzikir di bulan Ramadhan akan menyebabkan kita kembali kepada fitrah yang suci dan asal, jika dilakukan dengan sempurna dan ikhlas menuju rahmat Allah.

Guru Pembina Negara Bangsa..

Pendidikan mengikut pandangan umum merupakan aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Daripada pandangan tokoh- tokoh Islam, proses pendidikan merupakan penyatuan semua ilmu pengetahuan di bawah Al Quran yang menjadi teras pendidikan. Mengikut mereka, pendidikan boleh memainkan peranan ke arah mewujudkan keseimbangan antara potensi fizikal, intelek dan rohani manusia..
Al Ghazali berpendapat :
" Proses pendidikan perlu merangkumi aspek intelek, latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani dan hormat menghormati".
Manakala daripada pandangan tokoh pendidikan timur berpendapat peranan utama pendidikan ialah membina tingkah laku manusia supaya menjadi orang yang berakhlak mulia, mematuhi peraturan serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara..
Hamka berpendapat :
" Pendidikan merupakan proses yang boleh membentuk tingkah laku yang baik, sikap yang berani serta budi pekerti yang mulia seperti sikap merendahkan diri, sabar, menghormati orang tua dan sebagainya."
Berdasarkan pentafsiran-pentafsiran pendidikan dan pertimbangan yang telah dibuat, maka terhasillah Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang diguna pakai sehingga sekarang :
" Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara meyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.'

Dari sudut pandangan peribadi saya, pendidikan di rumah mahupun di sekolah sangat penting untuk pembinaan sahsiah yang baik..pendidikan bukan sahaja bertumpu di sekolah tetapi di rumah juga anak-anak perlu disediakan pendidikan yang terancang..
Salam perjuangan..


Sekian lama saya tidak mencoret dalam blog ini..Setiap kali membuka blog, saya tertarik untuk membaca penulisan blogger2 yang lain..macam-macam input saya boleh dapati sehinggakan saya sendiri 'asyik' dengan pembacaan di blog sahabat2, pimpinan mahupun persatuan yang sangat berinformasi dan bermanfaat..Tambahan pulak saya sendiri tidak berkesempatan melayari internet setiap hari..Disebabkan faktor ini lah saya ketepikan dahulu blog mataairsyurgaku..bukan tiada kemahuan untuk menulis tetapi saya sangat teruja dengan laman-laman blog yang lebih membuka minda dan berilmiah sehinggakan saya sanggup menghabiskan berjam-jam ( sekiranya ada masa terluang) membaca menambah input ilmu pengetahuan..
########################################################################
Saya melihat penulisan blog ini sangat membantu penulis mahupun pembaca menajamkan fikiran dan lebih terbuka dalam menilai sesuatu isu..Macam-macam jenis pengisian yang boleh saya dapati di blog iaitu daripada sekecil2 perkara sehinggalah kepada sekompleks2 perkara..informasi daripada media arus perdana kerajaan Malaysia( surat khabar, televisyen) yang kurang jelas, bias mahupun yang diragui faktanya sangat melemaskan saya jika berterusan berdamping setia dengan mereka..sebagai alternatifnya, ruangan blog boleh memberi penjelasan yang sebenar dan terkini..
########################################################################
Budaya memblog telah meluas dalam masyarakat sekarang ini dengan pelbagai tujuan..samada sekadar hobi @ wadah penjelasan @ suatu pemberian @ penyebaran ideologi @ laman perkenalan @ apa sahaja yang bertujuan..Saya mengajak kepada pengunjung dan pembaca supaya mewujudkan blog yang boleh memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain sebagai satu pemberian yang tidak ternilai..Ia boleh merangsang pemikiran yang kritis dalam menghasilkan suatu penulisan samada yang berunsur penilaian, penjelasan, kritikan atau analisis..Daripada menghabiskan masa melayari youtube, memuat turun video, bermain friendster, tagged, facebook yang tidak bertujuan, lebih baik menyumbang sesuatu kepada umat..


" ...berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan berpesan-pesanlah kepada kesabaran" ( 108:3)
Alam dunia memang penuh dengan desakan tugasan yang tidak pernah selesai..seminggu kebelakangan ini saya dapat merasai desakan demi desakan tugasan yang menimbun yang menghimpit pembahagian masa saya..Walaubagaimanapun, keperluan dunia tetap perlu dihadapi dengan tabah dan kuat..Selagi mana masih bernafas di dunia yang fana ini, tanggungjawab sebagai khalifah masih 'valid' sehinggalah nyawa dicabut daripada jasad..Saya ingin berkongsi tentang nilai masa yang kita lalui dalam tempoh 24 jam..masa dirasakan berlalu dengan cepat seolah-olah masa telah dipendekkan..bermaksud kurang 24 jam..dan adakah keadaan ini berlaku disebabkan bumi telah menyalahi tugasnya daripada berputar pada paksinya dalam satu putaran lengkap 24 jam? Sebab itu dirasakan siang malam silih berganti begitu cepat sehinggakan kita terkejar-kejar dengan kehidupan dunia ..di siang hari, perlu bekerja..perlu menuntut ilmu/ ke kuliah..perlu mencari nafkah..Pada malam hari pula kita sibuk merehat-rehatkan diri sebagai persediaan untuk hari esok..dan boleh jadi siang dan malam terus-terusan bekerja bagi menyempurnakan urusan dunia..inilah panahan duniawai sehingga menyebabkan manusia terpenjara dengan taklifan-taklifan yang pelbagai bentuk, pelbagai rupa, pelbagai cara..Tetapi semuanya harus diambil kira..
=======================================================
Ya, memang betul semuanya perlu digalas dengan sebaik-baiknya..tetapi jangan sampai abaikan masa untuk ukhrawi..Yang menjadi sindrom dewasa ini adalah apabila manusia banyak bertumpu kepada hal-hal keduniaan semata-mata.. sebab itu masa tidak pernah cukup..kerana yang memberi kelapangan masa itu adalah Allah swt..Kalo hati sentiasa dengan kerja-kerja dunia sehinggakan lupa kepada Pemberi Mutlak 'Kelapangan' itu, maka hati akan sentiasa melekat pada dunia semata-mata dan tidak terbuka hati untuk meluangkan masa mengabdikan diri kepada Allah..Maka akan tersepitlah hidup kita dengan tugasan...tugasan...tugasan...tiada perkara lain yang difikir melainkan tugas dunia..Ingatlah sahabat-sahabat sekalian, manusia itu tidak pernah puas dengan apa dia ada..Sentiasa mengimpikan berlebihan daripada apa yang telah dimiliki..Sebab itulah asyik berkejar-kejaran ke sana sini..
========================================================
Biarlah kita berkejar-kejaran untuk mencapai mardhatillah..sempurnakan tugasan sebagai satu ibadah..bukan dek kerana mengikut nafsu semata-mata..Ikut nafsu, rugi..bukan rugi setakat di dunia tetapi akhirat jua..Di dunia, rugi disebabkan masa tidak terurus dan di akhirat disebabkan kurangnya amalan..masa 24 jam tidak pernah kurang..begitulah perkiraanya semenjak azali lagi..kawallah kesibukan yang menghimpit supaya masa boleh dibahagikan dengan adil..dan sebenarnya masa tidak pernah mencemburui kita tetapi kitalah yang mencemburui masa..kerana sentiasa tidak berpuas hati dengan kesempitan masa..masa pula yang dipersalahkan..sedangkan masa tidaklah melakukan kesalahan apa-apa..Dia menjalankan tugasnya seperti yang ditugaskan oleh Allah dan manusialah yang mengurus masa itu..

Seperti dalam lagu Raihan..( Nak nyanyi pun boleh supaya ada feel)
Ingat lima perkara
Sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati......

Koreksi diri supaya gelombang kesedaran sentiasa dirasai dan menghargai masa yang masih berbaki sebelum terlambat..


Penulisan kali ini, saya ingin berkongsi tips cara menangani stress..Tips ini dicedok daripada buku " Membina Jati Diri Cemerlang" daripada Dr HM Tuah..Saya telah ringkaskan tips ini berbentuk point penting dan mengolah mengikut kefahaman penulis sendiri..Menurut beliau, tatkala anda tertekan, lakukanlah saranan kendiri, kenduran minda dan mengingati Pencipta..


Saranan Kendiri

  • Bermonolog secara positif dan membentuk kata-kata perangsang yang boleh meredakan perasaan negatif..


  • Contoh : " Aku mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang daripada sebelum ini"..


  • Saranan mesti berbentuk positif supaya saranan ini mendorong anda bertindak seperti yang disarankan..

Kenduran Minda


  • Penyakit utama minda apabila minda diberi ruang memikirkan kata-kata negatif..Contohnya begini, tatkala monolog diri menyarankan anda bangun untuk melakukan solat subuh berjemaah, kata-kata negatif akan cuba menembusi, 'Ala, tak payahlah. Subuh lama lagi..Asalkan sembahyang, cukuplah..Kalau ketahanan anda lemah ketika ini, anda akan mengikut saranan negatif ni..


  • Dalam agama, saranan ni adalah bisikan daripada syaitan..Bila anda tewas, misi syaitan berjaya..meloncat kegembiraan syaitan2 2..anda terus lena dibuai mimpi indah tanpa menghiraukan solat subuh berjemaah..Ini belum saranan untuk berqiamullail..fikir-fikirkanlah..sejauh mana kekuatan & keimanan kita..

Mengingati Pencipta


  • Anda perlu sedar masalah hati yang tidak dapat ditangkis dengan baik..Punca segala tekanan, masalah, kegelisahan adalah daripada hati yang kotor disebabkan dosa-dosa kita sendiri..


  • Firman Allah dalam surah Al Ma'arij yg bermaksud: 'Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh..Apabila dia ditimpa musibah, dia berkeluh kesah dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia jadi kikir kecuali orang yang melaksanakan solat...........'


  • Sentiasalah jadikan Tuhan sebagai peneman setia, kekasih hati, pengubat kalbu, penawar rindu di kala susah dan senang..



Menurut Dr HM Tuah Iskandar al Haj, terdapat 10 cara membina motivasi diri..


1) Perbaiki imej

2) Lakukan senaman ringan

3) Senyum

4) Berfikiran positif

5) Dapatkan tidur yang mencukupi

6) Luahkan pada seseorang

7) Curahkan di atas kertas

8) Bersedia untuk berubah

9) Cari kegemaran baru

10) Bertegaslah...


Maka, di saat anda berasa tidak bermaya, cubalah tips2 ini..Mudah-mudahan memberi kesan positif kepada anda..Berusahalah untuk mencapai kecemerlangan hidup tanpa keluh kesah..Dimana ada kemahuan di situ ada jalan..Dimana sahaja anda berada. di situ ada Tuhan..Bermohon dan terus bermohon untuk meraih ketenangan yang pastinya memberi kemanisan dan kebahagiaan..


Nukilan buat pemuda bergelar suami..
Ku persembahkan kisah seorang isteri yang bernama Zainab Al Ghazali.. Moga para suami mengerti erti perjuangan seorang isteri..
*******************************************************************************
BERSIKAP TEGAS TERHADAP SUAMIKU…

Kegiatanku ini tidak menghalangku daripada menyempurnakan tugas di Markaz Am Jamaah Muslimat dan tidak pula menyebabkan aku cuai terhadap tugas kekeluargaan. Suamiku yang mulia al Marhum Muhamammad Salim dapat menghidu sifat berwaspada saudara Abdul Fattah Ismail dan beberapa kader-kader bijak dari angkatan muda yang dating ke rumah kami..

“Adakah ikhwan Muslimin masih bergiat cergas?” Tanya suamiku.

“Ya, “ jawabku.

“ Bagaimanakah penyusunannya dan sampai ke tahap mana kegiatannya sekarang?” tanyanya lagi.

“ Menyusun kembali jemaah Ikhwan.” Jawabku.

“ Wahai suamiku yang mulia, ingatkah engkau, tatkala kita bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan, apakah yang aku ucapkan kepadamu pada hari itu?”. Tanyaku apabila beliau mula menyelidiki secara mendalam.

“ Ya, kamu mensyaratkan beberapa syarat. Tetapi pada hari ini aku bimbangkan gangguan daripada pihak taghut terhadapmu,: jelasnya.

Kemudian beliau diam dan menundukkan kepalanya.

********************************************************************************
“ Aku masih ingat lagi apa yang telah aku perkatakan kepadamu. Sesungguhnya ada satu perkara dalam hidup ini yang wajib kau ketahui, kerana kamu akan menjadi suamiku. Selagi kamu bersetuju untuk berkahwin denganku, aku perlu memberitahumu syarat tersebut, supaya kamu tidak tertanya-tanya di kemudian hari. Syaratku ialah aku tidak akan berhenti dalam perjuangan ini. Aku adalah pemimpin Jamaat Muslimat dan ini adalah benar. Tetapi kebanyakan orang menganggap aku mengikuti prinsip politik Parti Wafd. Itu tidak benar.

“ Perkara yang aku percayai dan yakini ialah risalah Ikhwan Muslimin. Tidak ada kaitan antara aku dengan Mustafa an Nahhas, Cuma persahabatan secara peribadi saja. Aku telah memberi bai’ah kepada Hasan al Banna untuk mati berjihad di jalan Allah.

“ Sungguhpun aku belum melangkah dalam kemuliaan rabbani ini walaupun selangkah, namun aku yakin akan melangkah ke dalam jihad ini pada suatu ketika nanti. Itulah cita-cita dan tekadku yang sangat kuharapkan. Apabila berlaku pertembungan antara kepentingan peribadi dan urusan ekonomimu dengan amal Islamku dan aku dapati kehidupan rumahtangga menjadi halangan kepada dakwah dan pembangunan dakwah Islam, maka kita berdua berada di persimpangan jalan.

“ Pada hari itu kamu tundukkan kepala kemudian mengangkat kembali dengan linangan air mata, lalu kamu berkata: ‘ Apa yang kamu mahu untuk mas kahwin? Kamu tidak minta apa-apa, Cuma syaratnya aku tidak menghalangmu berjihad di jalan Allah. Aku tidak tahu kamu mempunyai hubungan dengan Imam Hasan Al Banna. Yang aku tahu hanyalah engkau telah berselisih faham dengannya berkenaan dengan tuntutannya untuk menggabungkan Jamaah Muslimat kedalam jemaah Ikhwan Muslimin.’

***********************************************************************************
“ Alhamdulillah. Akhirnya kita bersetuju untuk bernikah di tengah-tengah tribulasi Ikhwan Muslimin pada tahun 1948 sebelum syahidnya al Imam Hasan Al Banna. Sedangkan sebelum ini, aku memutuskan untuk membujang sepanjang hayat bagi mewakafkan seluruh hidupku hanya kepada dakwah. Aku tidak meminta kamu menyertaiku dalam jihad ini, tetapi aku hanya mensyaratkan supaya kamu tidak menghalangiku daripada berjihad di jalan Allah. Pada hari-hari aku dibebankan dengan tanggungjawab dalam barisan mujahididn, janganlah kamu bertanya apa yang aku buat. Tetapi hendaklah kita berdua percaya mempercayai sepenuhnya.
Terimalah hakikat ini seperti seorang lelaki yang bernikah dengan seorang wanita yang berumur 18 tahun yang menyerahkan dirinya untuk berjihad pada jalan Allah dan pembangunan daulah Islam. Sekiranya kepentingan rumahtangga bertembung dengan dakwah kepada Allah, pernikahan itu akan tamat dan dakwah kekal bersemarak di segenap diriku,” kataku dengan panjang lebar untuk mengingatkannya kepada syarat yang pernah kami persetujui.

“ Kamu ingat lagikah?” kataku lagi sambil memandang kepadanya setelah diam sejenak.

“ Ya, “ jawabnya.

“ Pada hari ini aku pinta supaya kamu menyempurnakan janjimu. Janganlah kamu bertanya siapakah yang akan ku temui dan aku mohon pada Allah supaya Dia menjadikan pahala jihadku dibahagi dua antara kita sebagai kurnia daripada Allah s.w.t apabila Dia menerima amal dan usahaku,” kataku.

*****************************************************************************
Aku tahu bahawa adalah menjadi hak kamu memerintah aku dan menjadi kewajipan aku untuk memberikan taat setia kepadamu. Tetapi di dalam jiwa kita, Allah lebih besar daripada kita. Dakwah Allah lebih mahal daripada diri kita. Kita sekarang sedang berada pada satu marhalah yang penting dan genting, di dalam marhalah dakwah,” kataku lagi.

“ Maafkan aku. Bekerjalah, semoga Allah memberkatimu. Mudah-mudahan aku hidup lagi sehingga tercapainya tujuan Ikhwan Muslimin dan terbuktinya cita-cita Islam dengan tertegaknya daulah Islam. Alangkah bahagianya hidupku pada zaman muda ini kalau aku dapat bekerjasama dengan kamu,” kata suamiku.

Oleh kerana banyaknya kegiatan dan aktiviti, para pemuda sentiasa datang tanpa henti ke rumahku siang dan malam. Apabila suamiku yang mukmin mendengar ketukan-ketukan pintu di tengah malam, beliau terus bangun membuka pintu dan mempersilakan mereka masuk ke bilik pejabat. Kemudian beliau pergi ke bilik pembantu rumah yang menguruskan urusan rumahtangga, membangunkannya dan menyuruhnya menghidangkan makanan dan minuman kepada para pelawat.

“ Anak-anak yang nampaknya datang dari jauh dan kelihatan penat sedang menunggumu di dalam pejabat,” kata suamiku sambil mengejutku dengan lemah lembut.

Lantas aku segera mengenakan pakaian dan pergi menemui mereka.

“ Sekiranya kamu hendak sembahyang subuh berjemaah, kejutkan aku supaya dapat sembahyang berjemaah bersama kamu, sekiranya itu tidak menyusahkan ,” kata suamiku sambil kembali semula ke tempat tidurnya.

“ InsyaAllah,” jawabku.

Tatkala kami hendak sembahyang subuh, aku kejutkan suamiku untuk bersembahyang bersama kami. Kemudian beliau beredar dan memberi hormat dengan penuh kasih sayang kepada para tetamu seperti penghormatan seorang bapa kepada anak-anaknya.

YA ALLAH
Kurniakanlah kami suami mukmin,
Bergerak seiring dalam medan dakwah,
Saling kuat memperkuatkan antara kami
Demi masa depan Islam yang cerah

YA RABB
Kami tidak lah sekental Zainab Al Ghazali
Tetapi bercita-cita mempunyai roh perjuangan sepertinya
Walau tidak standing dia
tetapi tetap berkorban demi agama..

YA TUHAN
Kami mohon kekuatan
Untuk terus thabat dalam perjuangan ini..
Sumber daripada buku bertajuk Hari-hari Dalam Hidupku( Zainab Al Ghazali)
Saban hari kita akan meningkat dewasa..masa yang berlalu tetap berlalu..tidak boleh diundur kembali..Kita sering mendengar kata pepatah yang menyebut masa itu ibarat emas..Pepatah lain ada juga menyebut masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya ia akan memotong kita..maka, betapa pentingnya masa yang kita ada untuk dimanfaatkan dengan kerja-kerja yang berfaedah..Saya tidaklah nak berceloteh lanjut tentang masa..tetapi apa yang saya mahu perkatakan di sini adalah tentang PERUBAHAN..bila sebut 'perubahan', kita akan tertanya-tanya, perubahan apa? perubahan dari skop mana? dan boleh jadi juga ada yang akan tertanya-tanya apa itu perubahan? Pelbagai persoalan demi persoalan..Saya tidak berniat untuk mengelirukan sesiapa..sekiranya anda menghadapi persoalan-persoalan tersebut, tahniah saya ucapkan kerana anda berusaha untuk berfikir dan ligat untuk mencari jawapan..
*************************************************************************************
PERUBAHAN yang saya ingin maksudkan adalah perubahan hati dan jiwa..perubahan yang saya ingin tekankan adalah perubahan dari tidak baik kepada baik dan daripada baik kepada lebih baik..Positifkan diri anda wahai sahabat-sahabat..dan saya juga akan cuba mempositifkan diri saya..Nak kan perubahan yang baik, maka kita perlu positif pada diri sendiri..Percaya diri sendiri..Hargai diri sendiri..Yakinkan diri anda sendiri..InsyaAllah anda akan dapati perubahan tersebut..Perubahan ini ada kaitannya dengan konsep hijrah..Hijrah juga membawa maksud perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain atau perubahan dari perkara kurang baik kepada yang lebih baik..Kita impikan diri kita sentiasa dalam keadaan salim, baik, sejahtera dan aman damai..tetapi bagaimana kita mengatur jiwa dan hati nurani kita untuk menuju ke arah kesejahteraan itu..Maka..perlunya kepada perubahan, sahabat2 sekalian..Perubahan dari sudut apa? Perubahan dari sudut hati dan jiwa..
*************************************************************************************
Bukanlah bila dikatakan perubahan hati dan jiwa, maka kita perlu mengubah fizikal hati dan jiwa itu..tidak sama sekali..mustahil itu semuakan..? apa yang perlu ialah mengubah kata hati dan jiwa kita itu..kata negatif diubah kepada positif..Jangan cuba sesekali mengatakan sesuatu yang boleh menjadi batu penghalang kepada sebuah impian..Semuanya mampu dilakukan dan diubah dengan bantuan Ya Bari' ( Yang Maha Mengatur)..Seharusnya kita perlu ingat bahawasanya Nabi pernah bersabda :
" Dalam diri manusia itu ada seketul daging..Jika baik daging itu maka baiklah segala anggota badan dan jika buruk daging itu, maka buruklah segala tubuh badan, maka itulah HATI.."
*************************************************************************************
Lakukan perubahan terhadap kata hati dan jiwa supaya dilimpahi dengan barakah dan kebaikan..Sucikan hati dan jiwa supaya memperoleh ketenangan..didiklah hati dan jiwa ke arah ruhiyyah yang mantap, tujukanlah hati dan jiwa kepada ilahiyah dan latihlah hati dan jiwa dengan Al Quran iaitu Petunjuk sepanjang zaman..Selamat mencuba dan beramal..
KE ARAH MENINGKATKAN TARBIYAH..
Alhamdulillah, minggu lepas saya berpeluang terlibat dengan KAGUM syarahan Bahasa Arab di Ipoh Perak..Pertandingan ini diadakan di Institut Tadbiran Islam Perak( INTIM)..Ini merupakan pengalaman pertama saya dalam pertandingan syarahan.. Sebelum ni, hanya terlibat dalam debat Bahasa Arab semasa belajar di Sekolah Menengah Agama Al Ihsan dan Sekolah Tinggi Agama Sultan Abu Bakar, Pahang..Pengalaman lalu membuatkan saya terpanggil sekali lagi untuk menyertai pertandingan ini dan menyahut 'pelawaan' pensyarah penasihat( Ust Abdul Salam) untuk mewakili Institut dalam pertandingan syarahan sempena Maulidur Rasul..Sayang kepada Bahasa Al Quran masih kuat dalam diri ini dan minat dalam acara ilmiah masih menebal..Jadi, inilah masanya untuk saya meluahkan rasa sayang dan minat saya terhadap bahasa penghuni syurga ( yakni Bahasa Arab)..Saya cukup berminat terhadap bahasa arab dan bermatlamat untuk mempelajari bahasa ini serta menyambung pelajaran dalam pengajian bahasa arab..dan Alhamdulillah, telah diperkenankan oleh Allah, saya diberi kesempatan mempelajarinya semasa saya menuntut di matrikulasi UIA, Petaling Jaya selama sebulan sebelum memasuki Institut Perguruan..

Minat ini juga timbul bertitik tolak kepada ilmu yang saya pelajari sepanjang di sekolah menengah agama dan sekolah tinggi agama..Saya telah dibiasakan dengan penggunaan bahasa Arab di sekolah sehingga membuatkan saya tertarik untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam..Walaubagaimanapun, saya ditakdirkan melanjutkan pengajian dalam pengkhususan Kajian Sosial di Institut Perguruan selepas sebulan di matrikulasi..Sememangnya agak terkilan kerana tidak berpeluang meneruskan pengajian dalam bidang yang saya minati..Tapi saya perlu sentiasa beringat dengan firman Allah mafhumnya :

" Tidak semua yang engkau sukai baik bagi kamu..."

Boleh jadi apa yang tidak disukai itu, terbaik buat diri saya..Hanya Allah mengetahui segala hikmah yang tersirat disebaliknya..Jadi, redhailah ia dengan setinggi-tinggi redha dan terima dengan penuh rasa kesyukuran..Disebabkan minat yang mendalam, saya memberanikan diri untuk melibatkan diri dalam pertandingan ilmiah di sekolah mahupun Institut Perguruan..Kalah menang, perkara kedua..Yang penting berani mencuba dan ikhlas dalam menyampaikan ilmu melalui penyampaian di pentas..Saya melihat kepada nilai diri kita sebagai khalifah di muka bumi..Sebenarnya, Allah telah menganugerahkan kita dengan pelbagai kelebihan dan potensi untuk kita menterjemahkannya kepada perlakuan, pertuturan supaya menjadi aset dakwah kepada sekalian manusia..Ini merupakan salah satu caranya untuk kita memenuhi amanah menerusi seruan Nabi Muhammad SAW sabdanya :

" Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat"..

Pertingkatkan keyakinan, Berani melakukan perubahan dan percubaan, Bina potensi dalaman dan luaran supaya kental dalam menghadapi segala cabaran..Memasuki pertandingan bukanlah untuk dibangga-banggakan tetapi sekadar menghargai potensi yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada sekalian makhluknya bagi menyampaikan risalah Islam..Moga segalanya diberkati dan berada dalam rahmat Allah SWT..Amin..
Sempena Minggu Muslimah bertemakan Ukhuwah peringkat IPGM Kampus Perempuan Melayu, anjuran Biro Kesenian dan Kebudayaan BISA, saya terpanggil untuk mencoretkan pandangan saya tentang erti persahabatan dalam teratak mataairsyurga ini..Luqmanul Hakim pernah menasihati ankanya supaya bersahabat dengan orang yang boleh membimbingnya ke jalan kebenaran..Sahabat yang baik adalah sahabat yang apabila kita melihat wajahnya akan mengingatkan kita kepada Allah SWT..Diri dan hidupnya dilimpahi dengan barakah dan rahmat Allah SWT..Sahabat sebeginilah yang perlu kita dekati dan dicari..

Walaupun kita masih tidak bisa menjumpai sahabat seperti yang diperkatakan, tetapi cubalah membentuk diri kita supaya menjadi seorang sahabat yang boleh memberi manfaat kepada orang lain di saat susah dan senang..Mulakan daripada diri kita sendiri dan mudah-mudahan Allah pertemukan sahabat sepertimana kita jua..
Buat sahabat-sahabatku, moga kalian sentiasa berada dalam lembayung rahmat Allah SWT..Moga ukhuwah yang telah terbina sekian lama ini diikat dengan rabitah hati mengharapkan keredhaan Tuhan..Sahabat, semoga hidupmu menuju kebenaran.jiwamu penuh kequdusan..amalanmu mengagung keikhlasan..hatimu redha penuh ketaqwaan..bibirmu basah dengan kalimah Tuhan..mindamu sarat dengan ilmu pengetahuan..akhlakmu indah disulami kesantunan..maruahmu terpelihara penuh kesucian..wajahmu terpancar cahaya keimanan..



TERIMA KASIH TUHAN ATAS SETIAP PEMBERIAN


Suatu ketika Utbah bin Farqad, gabenor Azerbaijan pada masa pemerintahan Umar bin Khattab ditawarkan makanan oleh rakyatnya. Suatu kebiasaan yang lazim pada masa itu. Dengan senang hati, gabenor menerimanya seraya berkata :

" Apa nama makanan ini?"
" Namanya habish, ia dibuat daripada minyak sapi dan kurma'" jawab salah seorang daripada mereka.

Gabenor segera menjamah makanan itu. Sejenak kemudian bibirnya menguntumkan senyuman. " Subahanallah!" Betapa manis dan enak makanan ini. Tentu kalau makanan ini kita kirimkan pada Amirul Mukminin Umar bin Khattab di Madinah, dia pasti gembira'" ujar Utbah. Kemudian, dia memerintahkan rakyatnya supaya membuat makanan tersebut yang lebih enak.


Setelah makanan tersedia, gabenor memerintahkan anak buahnya supaya berangkat ke Madinah dan membawa habish untuk khalifah Umar bin Khattab. Dua utusan segera berangkat ke Madinah. Mereka menyerahkan makanan khas Azerbaijan itu kepada Umar bin Khattab. Khalifah segera membuka dan merasanya.

"Makanan apa ini?" tanya Umar
" Makanan ini namanya habish. Makanan paling lazat di azerbaijan," jawab salah seorang utusan.
"Apakah seluruh rakyat azerbaijan dapat menikmati makanan ini?'" tanya Umar.
" Tidak. Tidak semua boleh menikmatinya'" jawab utusan itu gugup

Wajah khalifah langsung merah petanda sedang marah. Dia segera memerintahkan kedua-dua utusan itu supaya membawa kembali habish ke negerinya. Kepada gabenornya dia menulis surat,

'------------------makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan perutmu.'

Kisah ini diabadikan Ibn Qayyim al Jauziah dalam kitab Manaqib Amirul Mukminin ini memberikan pengajaran yang teramat berharga bagi umat Islam khususnya para pemimpin. Umar bin Khattab telah memberikan pengajaran yang sangat bererti. Pemimpin harus memikirkan rakyat sebelum dirinya sendiri. Dalam kesempatan lain, Umar pernah menyatakan, "Aku orang pertama yang merasa lapar kalau rakyat kelaparan dan orang terakhir yang merasa kenyang kalau mereka kenyang."

Pada hakikatnya, seperti disabdakan Rasulullah SAW, pemimpin adalah pengembala (raai). bagaimana tugas pengembala, begitulah tugas pemimpin. Hasan al Basri, seorang ulama zuhud, pernah berkata kepada khalifah Umar bin Abdul Aziz, " Pemimpin yang adil laksana seorang pengembala yang mengasihi haiwan gembalaannya. Dia membawa gembalaannya ke tengah padang rumput yang luas dan subur. Dia menjaganya agar tidak diterkam binatang buas. Dia selalu mengawasinya agar tidak kelaparan dan kehausan."

Contohilah sifat pemimpin Umar bin Khattab yang sangat menjaga kebajikan rakyatnya daripada dirinya sendiri..Adakah pemimpin seperti ini di negara kita Malaysia?? Fikir-fikirkan..



KEPIMPINAN MELALUI TELADAN.
Maksud daripada sabda Rasulullah SAW : "Jagalah Allah" adalah menjaga aturan-aturan, hak-hak, perintah-perintah dan semua laranganNya. Cara menjaga semua perkara itu adalah dengan mengerjakan semua perintah dan menjauhi segala laranganNya serta tidak melampaui batas.


Semua yang disebutkan ini termasuklah menjalankan semua kewajipan tanpa terkecuali dan menjauhi semua yang diharamkan seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Tha'labah yang bermaksud:


"Sesungguhnya Allah telah menetapkan kewajipan-kewajipan, maka janganlah kamu abaikan, Allah juga telah menetapkan larangan-larangan, maka janganlah kamu kerjakan dan menetapkan aturan-aturan, maka janganlah kamu langgar"


Berdasarkan topik pada kali ini, saya menyeru pada diri saya dan para pengunjung sekalian supaya jadilah hamba yang taat patuh pada perintah Allah SWT dan tinggalkan segala laranganNya..Jika ditanyakan kepada kita, kemana hendak kita tuju samada syurga atau neraka? Pasti jawapan kita adalah SYURGA..( betulkan?)..saya sendiri menanti mataairsyurga yang penuh dengan kenikmatan.

Tapi, tidak terfikirkah kita..sejauhmana tanaman amal yang kita baja sepanjang hidup kita di dunia ini?..Adakah dengan menyatakan "aku inginkan syurga, kita akan dicampakkan ke sana?..Tidak sama sekali..bukan semudah itu..saya analogikan melalui satu keadaan..Setiap kejayaan yang kita miliki( keputusan Peperiksaan yang cemerlang, ditawarkan belajar di IPT, mendapat pekerjaan yang baik) adalah hasil daripada USAHA kita untuk mengecapi kejayaan tersebut..Setelah berusaha, maka kita beroleh kejayaan yang kita impikan..


Begitu juga dengan impian kita untuk menikmati SYURGA ALLAH SWT..Perlu ada usaha-usaha untuk mendapatkannya..Bagaimana caranya?..mudah saja duhai sahabat-sahabat..Taatilah Allah dan Rasul..Berpeganglah kepada Al Quran..yakni tidak akan tersesatlah kamu sekalian..Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjaga Kita Semua..Malah berganda-ganda pemberian Nya berbanding sedikit pemberian yang kita berikan untukNya..Begitulah Ya Rahman Ya Rahim Allah..Penuh dengan sifat Pemurah dan Penyayang yang tidak terhingga kepada hamba-hambaNya yang sentiasa mengharapkan pergantungan semata-mata keranaNya..

Sama-sama kita meningkatkan kualiti ibadah kita kepada Allah SWT dan menjadi hamba yang taat kepada Nya..InsaAllah biiznillah..


ALLAHU RABBUNA, AL QURAN DUSTURUNA..
Pada 27 Februari-1 Mac, saya ke Cameron Highland untuk menjalankan kajian tentang kegiatan pertanian untuk tugasan bagi subjek Alam Sekitar..Alhamdulillah, tugasan kali ni memerlukan kami membuat kajian luar dan melawat tempat-tempat yang menjalankan kegiatan pertanian..Bagi saya, pengalaman ni cukup berharga..Disamping menjalankan kajian, saya berkesempatan melawat tempat-tempat menarik di sana seperti MARDI, ladang teh, strawberry farm, cactus valley, pekan Cameron Highland, pasar tani Brinchang dsb..



Bergambar dengan ahli kump di depan pintu masuk MARDI


Kami di Strawberry Farm..yummy



Pintu masuk cactus valley



Ni kat ladang teh..cantik kan pemandangan kat cni..


Sepanjang 3 hari 2 malam di sana, saya dan ahli rombongan menginap di Apartmen Desa Anthurium..Sangat menarik dan selesa..Lokasinya plak berbukit bukau, udara segar dan nyaman, bangunan yang unik..Cukup menambat hati saya dan tersangat bersyukur dengan segala pemberian yang tidak ternilai..Hati bermonolog" Indahnya ciptaan Tuhan yang menjadikan bumi cameron Highland begitu cantik, unik dan nyaman..saya akan buktikan menerusi gambar-gambar yang akan saya tunjukkan untuk tatapan tetamu mataairsyurga..sama-sama kita hayati dan tafakkur sejenak tentang bukti-bukti kebesaran dan keagungan Tuhan Rabbul Jalil..



Suasana apartmen yang berkabus..Sejuk sangat masa ni..erghh






Kawasan apartmen yang berbukit bukau



Kembara ilmu ini memberi seribu makna kepada saya sebagai seorang hamba yang hidup menumpang di bumi Tuhan yang dipenuhi dengan pelbagai nikmat..Bagi saya, disamping saya membuat kajian untuk memenuhi keperluan tugasan, saya juga menggunakan peluang lawatan ini untuk mengkoreksi diri dan bermuhasabah dengan status saya sebagai manusia yang hidup bergantung dengan kasih sayang Tuhan..Tanpa kasih sayangNya, saya tidak mampu untuk memiliki segala nikmat kesenangan, ketenangan, kebaikan, kemudahan yang diperlukan oleh setiap yang bergelar manusia..

Ungkapan Alhamdulillah( segala puji bagi Allah) atas setiap pemberian dan peluang.. Ungkapan Subhanallah( Maha Suci bagi Allah) atas setiap bukti kebesaranNya melalui pengciptaan bumi indah Cameron Highland..

Tiada ungkapan lain yang mampu diluahkan melainkan rasa syukur dan puji-pujian keatasNya..Tengok keindahan bumi Cameron Highland ni memberi satu kepuasan pada diri saya..Lawatan ke Cameron ini merupakan lawatan saya yang kedua dan saya bersyukur kerana dapat merasai pengalaman berada di sana walaupun beberapa hari saja..

Selain pelajar, tidak ketinggalan juga pensyarah yang turut serta dalam rombongan ini..Ust khalid & family...En Razak & family...Pn Khatijah Yahya dan Pn Sarina & her daughter..Saya dapat rasakan yang mereka juga gembira dengan lawatan ini kerana selain menemani kami membuat kajian, mereka juga dapat bercuti bersama keluarga..Ust Khalid membawa isteri dan 6 orang anaknya bersama-sama kami bercuti di sini..( saya geram dengan si comel Mohd Syamil Hazwan), anak bongsu Ust Kahlid..Kenapa dia comel sangat????..Nak tengok gambar dia? tengok kat bawah ni..

Inilah dia si comel Syamil..


Pada hari Ahad, 8.00 pagi kami dah check out daripada apartmen..Sebelum pulang, sempat lagi saya bergambar kenang-kenangan dengan ahli rombongan..Masing-masing nampak gembira je..apa tak gembiranya, dah banyak membeli barang-barang brand Cameron( teh Cameron, bantal Cameron, payung Cameron, key chain, strawberi, pokok bunga, sayur2an dan mcm2 lagilah..)Ada rezki lebih, bolehlah nak beli belah kan...Syukurlah dengan segala pemberianNya...Selepas bergambar, kami sarapan pagi di pekan Cameron dan seterusnya ke pasar tani di Brinchang( buat kali kedua)..Sempat lagi membeli..Hmmm, pantang nampak kedai..Duit pasti melayang..Pada pukul 10.00 pagi kami bertolak pulang ke sangkar( bumi Melaka)..


KEMBARA YANG MENGASYIKKAN..MERENUNG KEAGUNGAN TUHAN..

Pada hari rabu lepas, saya berkesempatan bermain bowling dengan Kak Wan, Miza dan Nisa' di Mahkota Parade..Tak perlu bayar sebab join gerko akak-akak KPLI sekali..Hmm, selama 1 jam setengah di sana, sempatlah main 3 game..Tapi still tak puas lagi..Nak tau sebab aper?? Sebab asyik masuk longkang jer bolanya..hehehehe..Sabar jela..

Kawan-kawan lain hebat..masing-masing tunjuk taring..Mereka ni kate jer tak pandai, tapi STRIKE jer memanjang...Salsabila jugak yang terkebelakang..tak pelah, main ni bukan untuk menunjukkan siapa hebat...tapi sekadar nak kutip pengalaman dan mengasah kemahiran bermain bowling..Sebelum ni pun saya terlibat dalam gerko Bowling..Tapi tahun ni dah tak de gerko lagi..Jadi menumpang lah akak-akak KPLI bermain bowling.

Gamat dan riuh rendah kat tempat bowling dengan suara-suara kami2 ni..Tidak ketinggalan juga pensyarah-pensyarah penasihat yang bersemangat berkobar-kobar..Memang seronok dan happy dapat bersama kawan-kawan..Ini lah saat yang manis dan kenangan untuk saya bila dah tamat belajar nanti..Mesti rindu saat bersama kawan-kawan kan????..

Nak tengok skor group saya?? tengok kat bawah ni...


Inilah hasilnya.. hehe


Sambil bermain, sempat jugak kami bergambar..sekadar nak buat kenang-kenangan..Tapi sebenarnya, salsabila memang suka bergambar pun..Main, main jugak..bergambar tak dilupakan..Pepun, lepas ni kami berhasrat nak main lagi..insyaAllah..setiap hari rabu, pukul 5.30 petang..Sesiapa yang berminat, let's join the group



Pemain-pemain bowling..

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan di ruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.

"Tolonglah Encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi."Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu.

Dalam hatinya berkata " Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain tetapi untuk diri dan keluargaku."
Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.

Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis.

suami yang baru itu menjawab dengan tenang : " Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu."

Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita ini seperti putaran roda dan tidak selalunya di atas. Ada masa dan ketikanya kita akan turun ke bawah dan naik semula atau sebaliknya.

Rasulullah SAW bersabda:
" Sedekah itu dapat menutup 70 ribu kejahatan"

Anas bin Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :
" Barangsiapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaanmu, barangsiapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barangsiapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya".


Salam mahabbah..

Dalam kehidupan ni, banyak perkara yang perlu dipelajari..Ilmu Tuhan ini tidak bersempadan dan tidak terhitung oleh manusia sekalian..Setinggi manapun taraf manusia itu, dia tetap bersifat hamba yang serba kekurangan..Semakin jauh manusia meneroka ilmu Tuhan, semakin banyak ilmu yang tidak diketahui..Keupayaan, kemampuan, kehebatan, kecerdikan, kebijaksanaan semuanya milik Dia yang dianugerahkan kepada manusia sebagai pinjaman sementara..Sifat Ya 'Alim, Ya Rasyid, Ya Hakim adalah milik mutlak Allah SWT..Jadi, tak perlulah kita bermegah dengan kelebihan yang kita perolehi dan miliki..KERANA semuanya itu berbalik pada Allah jua..
Saya bawakan beberapa ungkapan daripada tokoh-tokoh pilihan :

Lenyaplah ilmu kerana lupa, tersia-sianya ilmu kerana yang membicarakannya bukan ahlinya( Nabi Muhammad SAW)

Manusialah yang mencari ilmu, sedangkan ilmu tidak mencari manusia ( Imam Malik)

Segala keranjang dapat penuh kerana isinya, hanya keranjang ilmu yang kian diisi kian diminta tambah isi ( Ali bin Abi Talib)
Tidak seorang pun yang dipandang yatim kerana hanya kerana kematian ayah bondanya tetapi yang benar-benar dipandang yatim adalah mereka yang tidak berilmu dan beradab.( Imam Syafie)
Saya sendiri merasakan, semakin banyak ilmu yang saya pelajari, semakin banyak ilmu yang saya tidak tahu..Begitulah lumrah sang hamba yang ketandusan ilmu Ya 'Alim melainkan sang hamba berusaha mencari, menuntut, meneroka ilmuNya yang sangat terbentang luas..
Sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW:
" Menuntut ilmu itu merupakan kefarduan keatas setiap muslim( muslimin + muslimat)"

Allah juga memberi perumpamaan antara orang yang berilmu dengan yang tidak berilmu mafhumnya :
" Adakah sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?"..

Kita fikir-fikirkanlah..adakah sama darjat orang yang berilmu dengan orang tidak berilmu..Orang yang berilmu itu laksana pohon yang subur, membuahkan hasil yang baik dan dapat memberi manfaat kepada orang lain..Sedangkan orang yang tidak berilmu itu laksana pohon yang layu yang tidak mampu membuahkan hasil yang baik dan memberi bermanfaat kepada orang lain..

Ilmu akan menjadikan diri kita seorang 'alim dan mempunyai daya pertimbangan yang tinggi sekiranya kita tidak menyalahgunakan ilmu tersebut dan beramal dengan apa yang telah dipelajari..Carilah ilmu kerana ia sangat berharga..Cintailah ilmu kerana ia sangat bermakna..Amalkan ilmu kerana ilmu sebaik-baik harta..

" MENGGAPAI ILMU TUHAN UNTUK LEBIH MENGENALI SANG PENCIPTA"

Tak goyah dilanda taufan
Tak tumbang ditempuh badai..tetap kukuh berdiri..

Iman As Syahid Imam Hasan Al Banna :

" PENDAKWAH di jalan Allah itu ibarat sepohon pokok yang lebat dan ranum buahnya. Orang ramai melontarkannya dengan batu dan kayu (untuk mendapatkan buah) tetapi mereka melontarkan (memberikan) buah-buah yang ranum dan manis kepada mereka "

Dibawakan analogi yang cukup cantik dalam Surah Ibrahim 14: 24-25 yang bermaksud :

" Tidakkah engkau melihat bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan cabangnya menjulang ke langit"

Apa kalimat yang baik???

Kalimat tauhid iaitu segala ucapan yang menyeru kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran serta perbuatan baik..Kalimat tauhid seperti kalimat Lailaha illallah

Jika diberi pilihan antara 2 pohon iaitu pohon mekar dan pohon layu, pastinya kita memilih pohon mekar kerana ia boleh menghasilkan buah-buahan yang manis, enak, berkhasiat dan menyegarkan..TAPI, bukan semudah itu untuk menjadi pohon yang mekar..

Yang pasti, BENIH IMAN perlu dibajai dalam diri supaya benih yang disemai mengeluarkan pepohon yang rimbun dan membahagiakna kita semua baik di dunia mahupun akhirat.

Sama-sama menjadi pepohon rimbun yang bermanfaat pada diri sendiri dan orang lain jua..