Penulisan kali ini, saya ingin berkongsi tips cara menangani stress..Tips ini dicedok daripada buku " Membina Jati Diri Cemerlang" daripada Dr HM Tuah..Saya telah ringkaskan tips ini berbentuk point penting dan mengolah mengikut kefahaman penulis sendiri..Menurut beliau, tatkala anda tertekan, lakukanlah saranan kendiri, kenduran minda dan mengingati Pencipta..


Saranan Kendiri

  • Bermonolog secara positif dan membentuk kata-kata perangsang yang boleh meredakan perasaan negatif..


  • Contoh : " Aku mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang daripada sebelum ini"..


  • Saranan mesti berbentuk positif supaya saranan ini mendorong anda bertindak seperti yang disarankan..

Kenduran Minda


  • Penyakit utama minda apabila minda diberi ruang memikirkan kata-kata negatif..Contohnya begini, tatkala monolog diri menyarankan anda bangun untuk melakukan solat subuh berjemaah, kata-kata negatif akan cuba menembusi, 'Ala, tak payahlah. Subuh lama lagi..Asalkan sembahyang, cukuplah..Kalau ketahanan anda lemah ketika ini, anda akan mengikut saranan negatif ni..


  • Dalam agama, saranan ni adalah bisikan daripada syaitan..Bila anda tewas, misi syaitan berjaya..meloncat kegembiraan syaitan2 2..anda terus lena dibuai mimpi indah tanpa menghiraukan solat subuh berjemaah..Ini belum saranan untuk berqiamullail..fikir-fikirkanlah..sejauh mana kekuatan & keimanan kita..

Mengingati Pencipta


  • Anda perlu sedar masalah hati yang tidak dapat ditangkis dengan baik..Punca segala tekanan, masalah, kegelisahan adalah daripada hati yang kotor disebabkan dosa-dosa kita sendiri..


  • Firman Allah dalam surah Al Ma'arij yg bermaksud: 'Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh..Apabila dia ditimpa musibah, dia berkeluh kesah dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia jadi kikir kecuali orang yang melaksanakan solat...........'


  • Sentiasalah jadikan Tuhan sebagai peneman setia, kekasih hati, pengubat kalbu, penawar rindu di kala susah dan senang..

4 comments:

Serikandi Mujahidah... said...

Allah kekasih sejati...peneman setia di kala suka dan duka..

Cikgu Izzati said...

tips yg ckup bguna. Seringkali manusia terleka. tertekan slh satu ujian Allah. Bagi yg mnyedari psti bersyukur dgn ujian tersebut krana dgn itu jiwa mnusia smkin hampir dgn Al-Khaliq...

azi said...

Salam
trima kasih atas segala tips yg dberikan ttg stress.Dharapkan sedikit sbyk dpt mebgurangkan stress yg dhadapi terutama dr sy sendiri.
wassalam

AdH said...

Tip yang bagus. Terima kasih berkongsi tip :)

"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk" (Al-Baqarah ayat 45)

Post a Comment