Alam dunia memang penuh dengan desakan tugasan yang tidak pernah selesai..seminggu kebelakangan ini saya dapat merasai desakan demi desakan tugasan yang menimbun yang menghimpit pembahagian masa saya..Walaubagaimanapun, keperluan dunia tetap perlu dihadapi dengan tabah dan kuat..Selagi mana masih bernafas di dunia yang fana ini, tanggungjawab sebagai khalifah masih 'valid' sehinggalah nyawa dicabut daripada jasad..Saya ingin berkongsi tentang nilai masa yang kita lalui dalam tempoh 24 jam..masa dirasakan berlalu dengan cepat seolah-olah masa telah dipendekkan..bermaksud kurang 24 jam..dan adakah keadaan ini berlaku disebabkan bumi telah menyalahi tugasnya daripada berputar pada paksinya dalam satu putaran lengkap 24 jam? Sebab itu dirasakan siang malam silih berganti begitu cepat sehinggakan kita terkejar-kejar dengan kehidupan dunia ..di siang hari, perlu bekerja..perlu menuntut ilmu/ ke kuliah..perlu mencari nafkah..Pada malam hari pula kita sibuk merehat-rehatkan diri sebagai persediaan untuk hari esok..dan boleh jadi siang dan malam terus-terusan bekerja bagi menyempurnakan urusan dunia..inilah panahan duniawai sehingga menyebabkan manusia terpenjara dengan taklifan-taklifan yang pelbagai bentuk, pelbagai rupa, pelbagai cara..Tetapi semuanya harus diambil kira..
=======================================================
Ya, memang betul semuanya perlu digalas dengan sebaik-baiknya..tetapi jangan sampai abaikan masa untuk ukhrawi..Yang menjadi sindrom dewasa ini adalah apabila manusia banyak bertumpu kepada hal-hal keduniaan semata-mata.. sebab itu masa tidak pernah cukup..kerana yang memberi kelapangan masa itu adalah Allah swt..Kalo hati sentiasa dengan kerja-kerja dunia sehinggakan lupa kepada Pemberi Mutlak 'Kelapangan' itu, maka hati akan sentiasa melekat pada dunia semata-mata dan tidak terbuka hati untuk meluangkan masa mengabdikan diri kepada Allah..Maka akan tersepitlah hidup kita dengan tugasan...tugasan...tugasan...tiada perkara lain yang difikir melainkan tugas dunia..Ingatlah sahabat-sahabat sekalian, manusia itu tidak pernah puas dengan apa dia ada..Sentiasa mengimpikan berlebihan daripada apa yang telah dimiliki..Sebab itulah asyik berkejar-kejaran ke sana sini..
========================================================
Biarlah kita berkejar-kejaran untuk mencapai mardhatillah..sempurnakan tugasan sebagai satu ibadah..bukan dek kerana mengikut nafsu semata-mata..Ikut nafsu, rugi..bukan rugi setakat di dunia tetapi akhirat jua..Di dunia, rugi disebabkan masa tidak terurus dan di akhirat disebabkan kurangnya amalan..masa 24 jam tidak pernah kurang..begitulah perkiraanya semenjak azali lagi..kawallah kesibukan yang menghimpit supaya masa boleh dibahagikan dengan adil..dan sebenarnya masa tidak pernah mencemburui kita tetapi kitalah yang mencemburui masa..kerana sentiasa tidak berpuas hati dengan kesempitan masa..masa pula yang dipersalahkan..sedangkan masa tidaklah melakukan kesalahan apa-apa..Dia menjalankan tugasnya seperti yang ditugaskan oleh Allah dan manusialah yang mengurus masa itu..

Seperti dalam lagu Raihan..( Nak nyanyi pun boleh supaya ada feel)
Ingat lima perkara
Sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati......

Koreksi diri supaya gelombang kesedaran sentiasa dirasai dan menghargai masa yang masih berbaki sebelum terlambat..

6 comments:

Serikandi Mujahidah... said...

demi masa..ssungguhny mnusia itu dlm krugian..kcuali org2 y beriman n beramal soleh..pastu?da lpe da..huhu..da xdpt smbung...

Nurul Farhana said...

biar saya sambung...

"..dan berpesan-pesan pada jalan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar"

-Surah Al-Asr, ayat 1-3-

Serikandi Mujahidah... said...

a'ah..syukran ya ukhti..sama2 kt bpesan ke arah kebaikan..insyaAllah..

Amin al-Kelantani said...

Info Bahasa Arab

Wa al-asri
1)Wau itu dinamakan wau al-Qasmi (Wau Sumpah)
2)Wau al-Qasmi merupakan salah satu dr huruf al-jar. So Kalimah asri haruslah berbaris bawah (Majrur)..

" Guna setiap saat masa kita untuk raih redha Allah"

Syukran.. =)

illiyin said...

Salam buat semua..
Alangkah indahnya hidup ini..jika sentiasa dpt bersama dgn-Mu..tp kadang2 kita leka dengan kehidupan dunia kan..Astarghfirullah mmg kdg2 kita leka..manusia nie bersifat pelupa kan??..mungkin sbb kesibukan khdpn seharian, ksbkn duniawi kita kurng meluangkan masa bersama-Nya..jadi fikir2kan lah n muhasabah diri kt kembali..wassalam

AdH said...

Tapi masa praktikum ni rasa macam tak cukup masa (kadang-kadang). Hehe...nak tidur pun ingat praktikum lagi ;)

Post a Comment