Alam dunia memang penuh dengan desakan tugasan yang tidak pernah selesai..seminggu kebelakangan ini saya dapat merasai desakan demi desakan tugasan yang menimbun yang menghimpit pembahagian masa saya..Walaubagaimanapun, keperluan dunia tetap perlu dihadapi dengan tabah dan kuat..Selagi mana masih bernafas di dunia yang fana ini, tanggungjawab sebagai khalifah masih 'valid' sehinggalah nyawa dicabut daripada jasad..Saya ingin berkongsi tentang nilai masa yang kita lalui dalam tempoh 24 jam..masa dirasakan berlalu dengan cepat seolah-olah masa telah dipendekkan..bermaksud kurang 24 jam..dan adakah keadaan ini berlaku disebabkan bumi telah menyalahi tugasnya daripada berputar pada paksinya dalam satu putaran lengkap 24 jam? Sebab itu dirasakan siang malam silih berganti begitu cepat sehinggakan kita terkejar-kejar dengan kehidupan dunia ..di siang hari, perlu bekerja..perlu menuntut ilmu/ ke kuliah..perlu mencari nafkah..Pada malam hari pula kita sibuk merehat-rehatkan diri sebagai persediaan untuk hari esok..dan boleh jadi siang dan malam terus-terusan bekerja bagi menyempurnakan urusan dunia..inilah panahan duniawai sehingga menyebabkan manusia terpenjara dengan taklifan-taklifan yang pelbagai bentuk, pelbagai rupa, pelbagai cara..Tetapi semuanya harus diambil kira..
=======================================================
Ya, memang betul semuanya perlu digalas dengan sebaik-baiknya..tetapi jangan sampai abaikan masa untuk ukhrawi..Yang menjadi sindrom dewasa ini adalah apabila manusia banyak bertumpu kepada hal-hal keduniaan semata-mata.. sebab itu masa tidak pernah cukup..kerana yang memberi kelapangan masa itu adalah Allah swt..Kalo hati sentiasa dengan kerja-kerja dunia sehinggakan lupa kepada Pemberi Mutlak 'Kelapangan' itu, maka hati akan sentiasa melekat pada dunia semata-mata dan tidak terbuka hati untuk meluangkan masa mengabdikan diri kepada Allah..Maka akan tersepitlah hidup kita dengan tugasan...tugasan...tugasan...tiada perkara lain yang difikir melainkan tugas dunia..Ingatlah sahabat-sahabat sekalian, manusia itu tidak pernah puas dengan apa dia ada..Sentiasa mengimpikan berlebihan daripada apa yang telah dimiliki..Sebab itulah asyik berkejar-kejaran ke sana sini..
========================================================
Biarlah kita berkejar-kejaran untuk mencapai mardhatillah..sempurnakan tugasan sebagai satu ibadah..bukan dek kerana mengikut nafsu semata-mata..Ikut nafsu, rugi..bukan rugi setakat di dunia tetapi akhirat jua..Di dunia, rugi disebabkan masa tidak terurus dan di akhirat disebabkan kurangnya amalan..masa 24 jam tidak pernah kurang..begitulah perkiraanya semenjak azali lagi..kawallah kesibukan yang menghimpit supaya masa boleh dibahagikan dengan adil..dan sebenarnya masa tidak pernah mencemburui kita tetapi kitalah yang mencemburui masa..kerana sentiasa tidak berpuas hati dengan kesempitan masa..masa pula yang dipersalahkan..sedangkan masa tidaklah melakukan kesalahan apa-apa..Dia menjalankan tugasnya seperti yang ditugaskan oleh Allah dan manusialah yang mengurus masa itu..

Seperti dalam lagu Raihan..( Nak nyanyi pun boleh supaya ada feel)
Ingat lima perkara
Sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati......

Koreksi diri supaya gelombang kesedaran sentiasa dirasai dan menghargai masa yang masih berbaki sebelum terlambat..


Penulisan kali ini, saya ingin berkongsi tips cara menangani stress..Tips ini dicedok daripada buku " Membina Jati Diri Cemerlang" daripada Dr HM Tuah..Saya telah ringkaskan tips ini berbentuk point penting dan mengolah mengikut kefahaman penulis sendiri..Menurut beliau, tatkala anda tertekan, lakukanlah saranan kendiri, kenduran minda dan mengingati Pencipta..


Saranan Kendiri

  • Bermonolog secara positif dan membentuk kata-kata perangsang yang boleh meredakan perasaan negatif..


  • Contoh : " Aku mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang daripada sebelum ini"..


  • Saranan mesti berbentuk positif supaya saranan ini mendorong anda bertindak seperti yang disarankan..

Kenduran Minda


  • Penyakit utama minda apabila minda diberi ruang memikirkan kata-kata negatif..Contohnya begini, tatkala monolog diri menyarankan anda bangun untuk melakukan solat subuh berjemaah, kata-kata negatif akan cuba menembusi, 'Ala, tak payahlah. Subuh lama lagi..Asalkan sembahyang, cukuplah..Kalau ketahanan anda lemah ketika ini, anda akan mengikut saranan negatif ni..


  • Dalam agama, saranan ni adalah bisikan daripada syaitan..Bila anda tewas, misi syaitan berjaya..meloncat kegembiraan syaitan2 2..anda terus lena dibuai mimpi indah tanpa menghiraukan solat subuh berjemaah..Ini belum saranan untuk berqiamullail..fikir-fikirkanlah..sejauh mana kekuatan & keimanan kita..

Mengingati Pencipta


  • Anda perlu sedar masalah hati yang tidak dapat ditangkis dengan baik..Punca segala tekanan, masalah, kegelisahan adalah daripada hati yang kotor disebabkan dosa-dosa kita sendiri..


  • Firman Allah dalam surah Al Ma'arij yg bermaksud: 'Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh..Apabila dia ditimpa musibah, dia berkeluh kesah dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia jadi kikir kecuali orang yang melaksanakan solat...........'


  • Sentiasalah jadikan Tuhan sebagai peneman setia, kekasih hati, pengubat kalbu, penawar rindu di kala susah dan senang..



Menurut Dr HM Tuah Iskandar al Haj, terdapat 10 cara membina motivasi diri..


1) Perbaiki imej

2) Lakukan senaman ringan

3) Senyum

4) Berfikiran positif

5) Dapatkan tidur yang mencukupi

6) Luahkan pada seseorang

7) Curahkan di atas kertas

8) Bersedia untuk berubah

9) Cari kegemaran baru

10) Bertegaslah...


Maka, di saat anda berasa tidak bermaya, cubalah tips2 ini..Mudah-mudahan memberi kesan positif kepada anda..Berusahalah untuk mencapai kecemerlangan hidup tanpa keluh kesah..Dimana ada kemahuan di situ ada jalan..Dimana sahaja anda berada. di situ ada Tuhan..Bermohon dan terus bermohon untuk meraih ketenangan yang pastinya memberi kemanisan dan kebahagiaan..


Nukilan buat pemuda bergelar suami..
Ku persembahkan kisah seorang isteri yang bernama Zainab Al Ghazali.. Moga para suami mengerti erti perjuangan seorang isteri..
*******************************************************************************
BERSIKAP TEGAS TERHADAP SUAMIKU…

Kegiatanku ini tidak menghalangku daripada menyempurnakan tugas di Markaz Am Jamaah Muslimat dan tidak pula menyebabkan aku cuai terhadap tugas kekeluargaan. Suamiku yang mulia al Marhum Muhamammad Salim dapat menghidu sifat berwaspada saudara Abdul Fattah Ismail dan beberapa kader-kader bijak dari angkatan muda yang dating ke rumah kami..

“Adakah ikhwan Muslimin masih bergiat cergas?” Tanya suamiku.

“Ya, “ jawabku.

“ Bagaimanakah penyusunannya dan sampai ke tahap mana kegiatannya sekarang?” tanyanya lagi.

“ Menyusun kembali jemaah Ikhwan.” Jawabku.

“ Wahai suamiku yang mulia, ingatkah engkau, tatkala kita bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan, apakah yang aku ucapkan kepadamu pada hari itu?”. Tanyaku apabila beliau mula menyelidiki secara mendalam.

“ Ya, kamu mensyaratkan beberapa syarat. Tetapi pada hari ini aku bimbangkan gangguan daripada pihak taghut terhadapmu,: jelasnya.

Kemudian beliau diam dan menundukkan kepalanya.

********************************************************************************
“ Aku masih ingat lagi apa yang telah aku perkatakan kepadamu. Sesungguhnya ada satu perkara dalam hidup ini yang wajib kau ketahui, kerana kamu akan menjadi suamiku. Selagi kamu bersetuju untuk berkahwin denganku, aku perlu memberitahumu syarat tersebut, supaya kamu tidak tertanya-tanya di kemudian hari. Syaratku ialah aku tidak akan berhenti dalam perjuangan ini. Aku adalah pemimpin Jamaat Muslimat dan ini adalah benar. Tetapi kebanyakan orang menganggap aku mengikuti prinsip politik Parti Wafd. Itu tidak benar.

“ Perkara yang aku percayai dan yakini ialah risalah Ikhwan Muslimin. Tidak ada kaitan antara aku dengan Mustafa an Nahhas, Cuma persahabatan secara peribadi saja. Aku telah memberi bai’ah kepada Hasan al Banna untuk mati berjihad di jalan Allah.

“ Sungguhpun aku belum melangkah dalam kemuliaan rabbani ini walaupun selangkah, namun aku yakin akan melangkah ke dalam jihad ini pada suatu ketika nanti. Itulah cita-cita dan tekadku yang sangat kuharapkan. Apabila berlaku pertembungan antara kepentingan peribadi dan urusan ekonomimu dengan amal Islamku dan aku dapati kehidupan rumahtangga menjadi halangan kepada dakwah dan pembangunan dakwah Islam, maka kita berdua berada di persimpangan jalan.

“ Pada hari itu kamu tundukkan kepala kemudian mengangkat kembali dengan linangan air mata, lalu kamu berkata: ‘ Apa yang kamu mahu untuk mas kahwin? Kamu tidak minta apa-apa, Cuma syaratnya aku tidak menghalangmu berjihad di jalan Allah. Aku tidak tahu kamu mempunyai hubungan dengan Imam Hasan Al Banna. Yang aku tahu hanyalah engkau telah berselisih faham dengannya berkenaan dengan tuntutannya untuk menggabungkan Jamaah Muslimat kedalam jemaah Ikhwan Muslimin.’

***********************************************************************************
“ Alhamdulillah. Akhirnya kita bersetuju untuk bernikah di tengah-tengah tribulasi Ikhwan Muslimin pada tahun 1948 sebelum syahidnya al Imam Hasan Al Banna. Sedangkan sebelum ini, aku memutuskan untuk membujang sepanjang hayat bagi mewakafkan seluruh hidupku hanya kepada dakwah. Aku tidak meminta kamu menyertaiku dalam jihad ini, tetapi aku hanya mensyaratkan supaya kamu tidak menghalangiku daripada berjihad di jalan Allah. Pada hari-hari aku dibebankan dengan tanggungjawab dalam barisan mujahididn, janganlah kamu bertanya apa yang aku buat. Tetapi hendaklah kita berdua percaya mempercayai sepenuhnya.
Terimalah hakikat ini seperti seorang lelaki yang bernikah dengan seorang wanita yang berumur 18 tahun yang menyerahkan dirinya untuk berjihad pada jalan Allah dan pembangunan daulah Islam. Sekiranya kepentingan rumahtangga bertembung dengan dakwah kepada Allah, pernikahan itu akan tamat dan dakwah kekal bersemarak di segenap diriku,” kataku dengan panjang lebar untuk mengingatkannya kepada syarat yang pernah kami persetujui.

“ Kamu ingat lagikah?” kataku lagi sambil memandang kepadanya setelah diam sejenak.

“ Ya, “ jawabnya.

“ Pada hari ini aku pinta supaya kamu menyempurnakan janjimu. Janganlah kamu bertanya siapakah yang akan ku temui dan aku mohon pada Allah supaya Dia menjadikan pahala jihadku dibahagi dua antara kita sebagai kurnia daripada Allah s.w.t apabila Dia menerima amal dan usahaku,” kataku.

*****************************************************************************
Aku tahu bahawa adalah menjadi hak kamu memerintah aku dan menjadi kewajipan aku untuk memberikan taat setia kepadamu. Tetapi di dalam jiwa kita, Allah lebih besar daripada kita. Dakwah Allah lebih mahal daripada diri kita. Kita sekarang sedang berada pada satu marhalah yang penting dan genting, di dalam marhalah dakwah,” kataku lagi.

“ Maafkan aku. Bekerjalah, semoga Allah memberkatimu. Mudah-mudahan aku hidup lagi sehingga tercapainya tujuan Ikhwan Muslimin dan terbuktinya cita-cita Islam dengan tertegaknya daulah Islam. Alangkah bahagianya hidupku pada zaman muda ini kalau aku dapat bekerjasama dengan kamu,” kata suamiku.

Oleh kerana banyaknya kegiatan dan aktiviti, para pemuda sentiasa datang tanpa henti ke rumahku siang dan malam. Apabila suamiku yang mukmin mendengar ketukan-ketukan pintu di tengah malam, beliau terus bangun membuka pintu dan mempersilakan mereka masuk ke bilik pejabat. Kemudian beliau pergi ke bilik pembantu rumah yang menguruskan urusan rumahtangga, membangunkannya dan menyuruhnya menghidangkan makanan dan minuman kepada para pelawat.

“ Anak-anak yang nampaknya datang dari jauh dan kelihatan penat sedang menunggumu di dalam pejabat,” kata suamiku sambil mengejutku dengan lemah lembut.

Lantas aku segera mengenakan pakaian dan pergi menemui mereka.

“ Sekiranya kamu hendak sembahyang subuh berjemaah, kejutkan aku supaya dapat sembahyang berjemaah bersama kamu, sekiranya itu tidak menyusahkan ,” kata suamiku sambil kembali semula ke tempat tidurnya.

“ InsyaAllah,” jawabku.

Tatkala kami hendak sembahyang subuh, aku kejutkan suamiku untuk bersembahyang bersama kami. Kemudian beliau beredar dan memberi hormat dengan penuh kasih sayang kepada para tetamu seperti penghormatan seorang bapa kepada anak-anaknya.

YA ALLAH
Kurniakanlah kami suami mukmin,
Bergerak seiring dalam medan dakwah,
Saling kuat memperkuatkan antara kami
Demi masa depan Islam yang cerah

YA RABB
Kami tidak lah sekental Zainab Al Ghazali
Tetapi bercita-cita mempunyai roh perjuangan sepertinya
Walau tidak standing dia
tetapi tetap berkorban demi agama..

YA TUHAN
Kami mohon kekuatan
Untuk terus thabat dalam perjuangan ini..
Sumber daripada buku bertajuk Hari-hari Dalam Hidupku( Zainab Al Ghazali)