Guru Pembina Negara Bangsa..

Pendidikan mengikut pandangan umum merupakan aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Daripada pandangan tokoh- tokoh Islam, proses pendidikan merupakan penyatuan semua ilmu pengetahuan di bawah Al Quran yang menjadi teras pendidikan. Mengikut mereka, pendidikan boleh memainkan peranan ke arah mewujudkan keseimbangan antara potensi fizikal, intelek dan rohani manusia..
Al Ghazali berpendapat :
" Proses pendidikan perlu merangkumi aspek intelek, latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani dan hormat menghormati".
Manakala daripada pandangan tokoh pendidikan timur berpendapat peranan utama pendidikan ialah membina tingkah laku manusia supaya menjadi orang yang berakhlak mulia, mematuhi peraturan serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara..
Hamka berpendapat :
" Pendidikan merupakan proses yang boleh membentuk tingkah laku yang baik, sikap yang berani serta budi pekerti yang mulia seperti sikap merendahkan diri, sabar, menghormati orang tua dan sebagainya."
Berdasarkan pentafsiran-pentafsiran pendidikan dan pertimbangan yang telah dibuat, maka terhasillah Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang diguna pakai sehingga sekarang :
" Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara meyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.'

Dari sudut pandangan peribadi saya, pendidikan di rumah mahupun di sekolah sangat penting untuk pembinaan sahsiah yang baik..pendidikan bukan sahaja bertumpu di sekolah tetapi di rumah juga anak-anak perlu disediakan pendidikan yang terancang..

4 comments:

nurul f said...

selamat berpraktikum....

AdH said...

Assalamualaikum,
Sekadar berkongsi pandangan :)

Proses pendidikan anak-anak bermula dari pembentukan peribadi ibu bapa itu sendiri. Sebelum mereka berkahwin, semasa ibu mengandung dan juga selepas anak itu lahir.

Anak-anak sebenarnya lebih lama berada di rumah. Kita lihat, 6 atau 5 tahun pertama anak-anak kita berada di rumah - dengan ibu bapa mereka maka pada masa inilah proses tarbiah itu patut berjalan. Apabila memasuki usia 6 atau 7 tahun, anak kecil ini mula melangkah ke sekolah dan barulah bermulanya peranan guru dan ibu bapa yang seiring.

Tetapi, hakikatnya ramai ibu bapa menyalahkan guru, menyalahkan pihak sekolah apabila anak bermasalah di dalam pembelajaran. Hmm.. itu baru pasal akademik, tak tengok lagi dari segi SOLAT......tepuk dada, tanya iman. . . Wallahualam.

(Heheh..maaf, panjang pula komen)

~PakKaramu~ said...

Salam dari Pak Karamu dan teruskan memblog

Sir Freddie said...

tahniah cikgu..teruskan menabur bakti kepada anak bangsa..

Post a Comment