Hari yang bersejarah buat para siswazah adalah apabila tibanya Majlis Konvokesyen..Setelah bersusah payah selama beberapa tahun untuk menimba ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman..Tahniah saya ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah berjaya menamatkan pengajian sarjana muda keguruan dengan cemerlang..Diharapkan semangat untuk terus belajar dan menimba ilmu tidak akan luntur..Kerana semakin banyak ilmu yang dipelajari, semakin banyak juga ilmu yang tidak kita ketahui..Hakikatnya, ilmu Allah ini tidak akan pernah habis..Walaubagaimanapun, persoalan di sini..sejauh manakah ilmu yang dipelajari itu difahami dan amalkan..( Fikir-fikir sejenak)..



Pepatah ada menyatakan bahawa :

Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah..


Pohon yang berbuah akan memberi manfaat kepada orang lain melalui kemanisan, keenakan buahnya tetapi sekiranya pohon tanpa buah, orang lain tidak dapat memanfaatkan dan merasai kelazatan buah-buah pohon tersebut..Dengan lahirnya kita di dunia ini, sentiasalah pastikan diri kita boleh memberi manfaat kepada orang lain..Seperti yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW melalui seruan dakwahnya kepada masyarakat arab jahiliyah sehinggalah mereka menerima kebenaran sedikit demi sedikit..


Penerimaan ijazah semasa Majlis Konvokseyen merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan kepada para siswazah atas penat lelah dan kesungguhan mereka menimba ilmu sehingga berjaya menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing. Ahli keluarga, rakan-rakan dan sanak saudara turut sama meraikan Majlis Konvokesyen..Bila difikir-fikirkan,.meriahnya sambutan Hari Konvokesyen ..Walhal, apa yang dinilai di sisi Allah SWT ialah keberkatan semasa belajar..Jika berjaya dengan cemerlang tetapi tidak meraih keberkatan dan redha Allah SWT, tiada nilai di sisinya..Alhamdulillah sekiranya kecemerlangan yang diperoleh mendapat keberkatan dari Allah SWT..


Barakah akan diperoleh sekiranya ketaatan kepada Allah swt menjadi tunjang utama kejayaan..wallahu'alam..



1 comments:

Nurul Farhana said...

Terima kasih Sal,
satu perkongsian dan muhasabah kejayaan yang begitu bermakna.

Post a Comment